Monday, December 27, 2010

Terima kasih.

Hadiah dari seorang pelajar untuk diriku...
Terima kasih untuk Fatma Syairah. Ianya sungguh bermakna untuk saya.

Saban hari aku memerhatikan
langkah-langkah menutup kepenatan
wajah-wajah memberikan keceriaan
suara-suara yang membawa kebahagiaan
daripadamu wahai guru yang aku cintakan


Sungguh, guruku kau adalah jiwaku
bunga-bunga mekar yang tumbuh dalam hatiku
kaulah ibu, kaulah bapa
mendidik penuh tabah tanpa mengungkit jasa
Tulus memproses diriku yang banyak kerenahnya
membesar, membesar dan aku membesar
di bawah dodoian cinta dan kasihmu yang ikhlas keranaNya


Guruku, kau adalah jiwaku
kau kenalkan aku kepada Allah
membawa aku kepada Sunnah Rasulullah
menghidupkan hatiku dengan Islam
dan mengajarku agar hidup sebagai hamba dengan penuh amanah
aku takkan lupa, aku takkan sesekali lupa
apa ilmu yang kau tumpahkan
apa kasih yang kau curahkan
semuanya terpatri kemas dalam jiwa


Guruku,
jika aku mampu
inginku terbang ke awanan
memetik gugusan bintang sebagai hadiah tanda penghargaan
namun aku sedari
hatta jika aku mampu membeli seluruh dunia ini
tiada mampu untuk membalas jasamu guru
denganmu aku mampu berjalan
denganmu aku mampu terbang
menggapai apa yang aku cita-citakan
mendapat apa yang aku hajatkan

Guru, sungguh kau adalah jiwaku
akan kubalas usaha dan penat lelahmu
akan kubayar perit dan jerimu
dengan menjadi hamba yang bertaqwa mengejar redhaNya
dengan menjalani kehidupan yang baik di atas jalanNya
agar nanti aku berdiri di hadapanNya
dan amal-amal kebaikanku ditunjuk sebagai tanda berjaya
aku akan berkata dengan lantang dengan penuh rasa bangga dari kalbu

“Sungguh yang mendidikku ke arah ini semua adalah guruku yang bernama itu dan itu”


Wednesday, December 22, 2010

....................

Disaat saya benar-benar berkehendakkan sesuatu... amat memerlukannya..dan ketika inilah juga saya diuji. Aduh, saya rasa macam jatuh dihempap batu. Penat kepala ini memikirkannya. Dah tak tau nak luahkan bagaimana perasaan ini bermahajarela dalam kepala saya.

Memang betul la seperti apa yang dikatakan...
"mungkin sesuatu yang kita rasa buruk untuk kita.. mungkin sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita buat masa sekarang!"

Mode: sedang memujuk hati yang sedih |-(

Thursday, December 16, 2010

Semuanya berkemungkinan...




Benar apa yang dikatakan... kadang-kadang kita selalu terlupa kebesaran dan nikmat yang Allah berikan. Bila kegagalan, kekecewaan, kesedihan yang dialami... kita selalu cuba menyalahkan orang lain.. dan selalu cuba menangisi dan menyalahkan takdir yang menimpa.
Sesungguhnya kita silap.. Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua. Kita kena yakin... setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya.

Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita....

Saturday, December 11, 2010

Syukur...

Dari semalam lagi untuk cuba menulis sesuatu di sini. Ingin berkongsi kegembiraan dengan anda. Tetapi jari jemari ini kaku. Mungkin kerana terlalu gembira hingga membuatkan saya tak tau nak kata apa-apa. 27 Dis 2010, result ielts dikeluarkan. Dengan perasaan yang berdebar-debar.. rasa takut... rasa tak sabar... owh semuanya digaul menjadi satu.

Dengan penuh pengharapan... dengan penuh doa.... saya benar-benar memohon pada Allah agar keputusannya nanti akan menggembirakan semua pihak. Hanya DIA yang mengetahui gelodak di hati saya. Dan... Alhamdulillah... Allah menjawab semua doa-doa saya... Allah memperkenankan harapan saya. Semuanya terasa begitu indah. Semuanya terasa begitu mudah...

Jujurnya, masa peperiksaan hari itu... saya benar-benar rasa tertekan. Dengan [sakit] yang dihadapi pada masa itu . Saya benar-benar lemah. Dan saya tau saya telah diuji... Dan waktu dalam [dewan peperiksaan], susahnya soalan-soalan tersebut hingga membuatkan saya hilang keyakinan. Apa yang saya lakukan waktu itu, saya tidak putus-putus berdoa... Semoga akan terjadi satu keajaiban. Agar saya dapat jawab dengan baik... Ketika itu saya hanya menjawab peperiksaan hanya mengikut gerak hati yang dikurniakan oleh Allah. Saya tak pasti apa yang saya tulis..... betul.. hanya mengikut gerak hati sahaja.... I'm lost in my way..... Hanya doa... hanya DIA yang maha mengetahui segalanya.

Dan semalam saya dapat keputusannya. Ya Allah... besarnya nikmat yang Engkau kurniakan untuk aku... Aku berjaya! dan aku yakin kejayaan ini 100% semuanya dariMU. Rasa tidak percaya dengan apa yang dilihat... dan aku semakin yakin denganMU Allah... Aku makin yakin seyakinnya.... Engkau sentiasa menguji hambaMU, kerana sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuknya.

Masanya akan tiba... Saya akan mula membuat perancangan dengan sebaik mungkin. Saya harus cepat. Banyak lagi benda yang perlu diselesaikan dengan segera. Yang pasti bulan depan Januari 2011 saya dikehendaki menghantar permohonan PhD saya. Semuanya begitu pantas. Saya harus pantas dan tak boleh lengah-lengah lagi. Pada siapa lagi harus saya meminta... tak lain dan tak bukan... hanya Allah.

‎"Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkatimu..."



P/s: Terima kasih atas sokongan dan doa anda semua selama ini. Saya amat menghargainya.

Thursday, December 9, 2010

Esok harinya...

Esok adalah harinya. Hati ini terasa berdebar-debar. Saya tak pasti bagaimana keputusannya. Apa yang saya harapkan ianya menjadi kenyataan. Andai kata tidak seperti yang saya harapkan.... Aduh bagaimana untuk saya hadapinya??

Betul, saya rasa sedikit tertekan dengan situasi sekarang. Dengan pengharapan dari suami... dan juga kehendak saya sendiri. Ya, saya takut untuk mengetahuinya. Saya tak nak hampakan harapan orang yang saya sayangi... amat saya sayangi.

Saya akan cuba kongsi keputusannya esok. Semoga ianya satu perkhabaran gembira untuk saya.
Ya Allah, Engkau permudahkan urusan hambaMU ini.....
Semoga setiap apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan.

saya terbaca kata-kata ini dari seseorang:

"Ketika kau fikir bahawa kau sudah berusaha dan sesungguhnya tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi, maka Allah mempunyai jawapannya"

sungguh mendalam... dan penuh bererti untuk saya.

Wednesday, December 8, 2010

My angels

Saya rindukan kanak-kanak ini. Mereka amat istimewa dalam hidup saya.

Thursday, December 2, 2010

Fuihh....

Fuihh.... lega sungguh. Saya dah selesaikan kerja saya. Menanda, memasukkan markah, membuat laporan, buat analisis tentang pencapaian pelajar. Untuk semester ini, seramai 5 orang pelajar yang gagal untuk subjek saya. Aduh sungguh mengecewakan saya.

Dan pelajar-pelajar yang gagal ini, memang terdiri dari pelajar:
1. tidak datang ke kelas,
2. buat kerja sambil lewa
3. melibatkan attitude pelajar.

Mereka sudah diberikan peluang ke-2, tapi masih tidak cuba untuk merebut peluang yang diberikan. Buat acuh tak acuh sahaja. Sikap pelajar yang buat kerja sambil lewa seolah-olah mereka tidak kisah dengan apa yang bakal terjadi dalam hidup mereka. Gagal atau Lulus sama sahaja. Mungkin!!

Sedih!! Jujur jawapan saya, memang sedih.
Sebab benda yang paling saya tak suka bila ada pelajar yang gagal dalam subjek saya. Berat rasanya tangan ini untuk menyatakan mereka gagal. Aduhai... saya dah cuba sedaya upaya untuk memberikan markah pada setiap jawapan mereka. Walaupun kadang kala jawapan itu langsung tidak betul. Tetapi masih lagi hati ini, mencari-cari dan membaca untuk memberikan markah. Moga-moga ada betul... agar saya tidak terlepas pandang. Alahaiii.... pelajar yang disayangi....

Semoga kegagalan ini akan menyebabkan kamu lagi kuat dan berubah untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. Saya sentiasa mendoakan untuk kamu....

Tuesday, November 30, 2010

Protect your dreams...


"Don't ever let somebody tell you that you can't do something. Not even me. You got a dream, you've got to protect it. People can't do something themselves they wanna tell you that you can't do it. You want something, go get it! "
- Chris Gardner, The Pursuit of Happyness.
Berpesan seorang bapa kepada anaknya,

"Jangan biarkan sesiapa beritahu sesuatu apa yang kamu tidak boleh buat, walau ayahsekalipun... Jika kamu ada impian, kamu mesti pertahankannya.
Bila mereka tidak boleh buat, tidak bererti mereka berhak beritahu yang kamu sendiri tidak mampu lakukannya.
Jika kamu ada impian, capai dan dapatkannya. Berusahalah.. sehingga dapat!
Jangan sesekali berputus asa."




Monday, November 29, 2010

Saya dan Dia

Pertemuan saya dan dia.
Mengorek kisah hidup dia. Seolah-olah saya merasakan bercakap dengan mayat hidup.
Terasa kejam ayat ini. Tapi itulah hakikatnya. Dia seolah-olah hilang dalam diri sendiri.
Tak jumpa punca arah yang perlu dituju. Kasihan! sungguh saya rasa kasihan pada dia.
Bagaimana harus saya tolong dia?
Bagaimana harus saya cuba untuk naikkan kembali semangat dia?
Mendengar kisah keluarga dia... jauh di sudut hati, saya menangis.
Sedih..hiba!
Tuhanku, moga anakku tidak membesar menjadi seperti dia.

Saya dapat faham kesedihan yang bakal ibu dan ayah dia alami.
Jika anaknya berterusan begini.
Saya cuba sedaya upaya... dalam pertemuan yang singkat ini, saya cuba untuk menanam
semangat dalam diri dia. Saya cuba.. tapi saya terlupa untuk mengambil no telefon dia.

Tiba-tiba saya teringatkan dia. Bagaimana agaknya dia hari ini? Adakah sebarang
perubahan dalam diri dia.
Saya berdoa, walaupun kami berlainan bangsa, saya tetap mendoakan untuk kesejahteraan
dia. Moga dia jumpa semangat yang hilang.

Hari ini..



"Mulai hidup hari ini dgn mulai BERCERITA yang baik,
MENULIS yang penting,TERSENYUM, TERTAWA dan
BERPRASANGKA baik"

Saturday, November 27, 2010

Saya di sini...

Menantikan Bariah dan saya ambil kesempatan ini untuk menaip sesuatu.
Saya menghadapi kesukaran menjawab exam pagi ini. Sungguh, saya hanya berserah
padaNYA agar keputusan nanti mengizinkan untuk ke sana.

Kadang-kadang di saat kita benar-benar mengharap dan sesuatu yang tidak diingini terjadi, kita akan rasa ingin menangis dan menangis. Dan saya terasa ingin menangis
sekarang ini. Saya tak sabar nak balik ke rumah..peluk cium suami dan anak-anak.
Amat memerlukan mereka ketika ini.

Minggu dan bulan yang sungguh menyesakkan kepala. Owh, saya perlukan cuti yang panjang.

Friday, November 26, 2010

Doakan saya...

Pagi ini saya rasa sungguh tidak sihat. Saya amat perlukan kekuatan dalaman dan luaran.
Dah 2x muntah. Badan rasa lemah sangat. Semuanya rasa berpusing... gelap mata.Kenapa begini jadinya... di saat saya benar-benar harus menjadi kuat. Kerana esok saya harusberjuang. Perjuangan untuk titik permulaan saya yang seterusnya. Rasa nak nangis je ni....
tolong doakan saya.... agar saya kembali sihat dan bertenaga. Saya perlukan doa anda semua...
Agar saya kembali sihat dan dapat jawab exam dengan baik sekali dan lulus dengan cemerlang.

Terima kasih untuk yang mendoakan saya... Allah jua yang dapat membalas segalanya.

Friday, November 19, 2010

Bila ianya berkata-kata


Bila hati berkata
Itu yg satu
tapi bila akal menidak
Itu bukan utkmu

mana pilihan harus dibuat
ikutkan kata hati mati
ikutkan rasa binasa
ikutkan akal??

Tingi pengharapan pada akal
moga akal bijak berkata
moga aku tidak tersalah meneka

Mengadap memohon yg Esa
moga betul apa yg di harap
moga betul apa yg dipinta
moga tidak tersalah tujuan
moga selari dengan kehendakNYA

kembali kepada hakiki
kembali dalam diri
menelusi apa yg dicari
moga ketemu jawapan yg pasti

Monday, October 18, 2010

Indah sungguh indah

Pagi yang indah
Terasa sungguh bersemangat dan tenang pagi ini. Apa mimpi saya semalam sehinggakan pagi ini rasa semangatnya sungguh lain. Cuba mengingati kembali mimpi indah semalam. Ya, pertemuan dengan rakan sekolah. Sahabat lama yang tidak ketemu. Indahnya pertemuan... 20 tahun tidak bertemu dan semalam kerinduan terubat walau hanya dalam mimpi.


Saya mencari gambar lama untuk tatapan di sini. Seusia di awal tahun 1988. Kelihatan sungguh suci murni muka-muka dalam gambar ini. Sudah lama tidak ketemu sahabat. Apa cerita, apa khabar kalian di sana? Moga masing-masing sudah cukup berjaya dalam bidang masing-masing. Saya?? Ya, saya beginilah... siapa sangka saya juga akan jadi seperti cikgu-cikgu kita... Mengajar dan mendidik anak bangsa. Tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik. Mungkin rasa tidak layak, mungkin!
Tapi inilah yang harus saya hadapi sekarang. Bukan mudah seperti yang disangkakan... Dan bukan sukar seperti yang diucapkan. Semuanya lahir dari diri kita sendiri. Semuanya dari keikhlasan kita sendiri.

Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang ini. Cukup bahagia!
Dikelilingi dengan para pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang. Berbagai-bagai ragam. Pening kepala!? Hehehhe... tak adalah. Semuanya indah bersama mereka. Seperti adik sendiri.. dan terasa seperti anak sendiri. Oppss.. adakah saya mula merasakan diri sudah tua maka menganggap mereka seperti anak-anak sendiri? heheheh.....

Sahabat, saya doakan yang terbaik untuk kalian... Moga setiap antara kita boleh berbakti untuk masyarakat... untuk agama kita.. dan juga untuk keluarga kita khasnya. Dalam hidup kita senantiasa di uji dengan kenikmatan,kekayaan, kebahagiaan dan juga kesakitan,kesusahan dan juga kemiskinan. Saya teringat dengan kata-kata seseorang :

"Ikhlaskan hati kita bukan sekadar pada ibadah, tapi ikhlaskan juga hati kita dengan setiap ujian yang diterima"

Akhir kata dari saya, ikhlaskan hati kita untuk apa sahaja.....

Salam sayang dari sahabat lama.....

Friday, October 15, 2010

Selamat hari lahir untuk saya

Iya, hari ini hari lahir saya yang ke 32 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Tanpa sedar sudah 32 tahun saya bernafas di bumi ini. Terima kasih atas ucapan, telefon dari anda semua. Secara jujurnya, saya benar-benar rasa dihargai. Walaupun saya sedar, segala maklumat boleh diperolehi dari FB saya. Kelakar... saya telah pun hide birthday saya dari tatapan umum... Dan syukur saya masih lagi menerima ucapan Selamat Hari Lahir. Mungkin apabila seseorang sudah mengucapkannya, maka yang lain hanya mengikutnya sahaja. Emm... tak kisah la itu semua. Janji ada yang mendoakan untuk saya. Terima kasih saya ucapkan untuk kalian.

Semalam, saya menerima satu kad ucapan sungguh romantis dari sang suami. Membuatkan saya tersenyum, tersengeh sorang-sorang. Ya, dia masih insan yang sama.. yang saya kenali dulu. Dia tidak pernah berubah malah sentiasa menjadi lebih baik. Dan sebab itu jua lah hati dan perasaan cinta saya terhadap beliau makin subur. Saya insan yang paling beruntung... dan pabila ditanyakan pada beliau... jawapannya, Dia adalah insan yang paling bertuah kerana dapat memiliki hati dan jasad saya. Dan sesungguhnya... KAMI benar-benar bertuah :)

Malam ini, dua bidadari kami...
Ahmad Dhani dan Aishah Dini akan sama-sama menyanyikan lagu untuk saya. Emm.. dah besar anak-anak saya rupanya. Keletah perangai mereka membuatkan saya dan sang suami berfikir banyak kali untuk menambah koleksi. Takut???
hehehhe... tak ada lah.....

Di kesempatan yang ada ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih, penghargaan untuk anda semua atas segala apa yang saya ada kini. Ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk mama dan papa yang telah membesarkan saya hingga jadi SAYA sekarang ini.
Terima kasih kawan-kawan... atas segala pengalaman dan kenangan yang telah kita kongsi bersama.

Saya sayang kamu... Sungguh saya sayang kamu!

Wednesday, September 8, 2010

Hati tersenyum..


Pagi tenang
Pagi sudah bersiap sedia untuk servis kereta. Ke kedai aksesori kereta baiki alarm. Ke kedai aircond. Check aircond dan pastikan kondisinya bagus. Baik taukey cina ni, tolong check aircond baiki itu ini just for free. FOC. Dalam dunia sekarang ni, tak sangka masih ada yang berhati mulia. Moga dimurahkan rezeki untuk kamu. Walaupun kita berlainan agama. Agar satu hari nanti, dibukakan hati untuk menerima hidayah Allah.

Tenghari yg kalut
Sampai di rumah, masa untuk vacuum kereta. Tolong baba bersihkan dalam kereta dia. Baba kerja, saja bagi surprise utk tersayang. Puas hati bila tengok semua dalam keadaan baik. Keadaan yang bersih membuatkan hati tersenyum puas. Tertidur sekejap. Penat sangat. Sorang-2 kat rumah dari pagi sampai ke petang buat kerja sorang. Baba kerja, dhani n dini kat taska. Layan cerita Lu'Lu. Waahh best sangat tengok cerita ni. So sweet :) memang sweet sangat. Walau cerita komedi, mesej yang disampaikan memang tepat. Owh saya yakin, memang ada manusia yang sebegini. Apa mesej dari cerita ini:

1. walau orang buat jahat kat kita, walau orang pandang rendah kat kita... itu semua tak penting. kita kena sentiasa bersangka baik dengan manusia. Mungkin ada sebab diaorang jadi macam tu.
2. walau berat macammana pun dugaan yang diturunkan untuk kita, sebenarnya ada sesuatu yang lebih baik duk menunggu.
3. walau ianya sukar, tak salah kita mempermudahkan caranya.
4. walau siapa pun kita di mata manusia, kita tetap kita yang Allah sayang.. jika kita pandai menjaga hubungan kita dengan Allah.

"Yang penting, kita kena sentiasa bersangka baik dengan Allah dan juga manusia"

Petang yang hening
Menunggu ketibaan Baba pulang dari kerja. Malam ini rehat dari memasak. Baba nak belanja makan. Emm.. makan apa ya? Dari tadi... hati ku tersenyum riang.... :) Walau penat seharian... tapi saya suka!


Janji Tuhan...

Sukarnya menjadi seorang penunggu yang setia. Tiap malam tika ingin melelapkan mata, hati ini tidak putus-putus berdoa agar digerakkan hati si dia untuk menerimaku. Atau hakikatnya, dia bukan yang terbaik untukku. Mungkin Tuhan sudah menentukan sesuatu untuk aku. Jangan putus berharap. Itu yang pasti.

"Janji Tuhan adalah pasti. Tidak kini, mungkin nanti"

Apa yang harus dilakukan sekarang. Cuba lagi.. mungkin dengan orang lain. Saat semangat sedang meninggi, diuji pula dengan ini. Sudah ditetapkan matlamat. Tiada pula balasan yang diterima. Teringat kata-kata seseorang yang pernah rapat dengan ku..

“Rasai peluang kedua itu dengan mencarinya, bukan menanti, kerana di akhirat nanti, kita tidak lagi punyai peluang kedua"


Sunday, September 5, 2010

Menantikan jawapan....

Saya telah melamar seseorang yang tidak dikenali untuk dijadikan sebagai seorang yang istimewa dalam hidup. Mengharapkan lamaran ini diterima. Masih setia menanti. Mungkin disebabkan hari cuti, maka jawapan untuk lamaran saya masih lagi tidak berjawab.

Saya masih bersabar. Walau hakikatnya saya tidak sabar-sabar menanti.
Hanya doa mengiringi moga lamaran ini membuahkan hasil. Jika lamaran diterima, maka langkah seterusnya akan dilakukan. Proposal peminangan akan dibuat supaya lamaran dapat diikat dengan sesuatu yang pasti.
Ya.. saya memerlukan satu benda yang pasti supaya saya dapat pegang padanya.

Di Ramadhan yang mulia ini, doa dan harapan dititipkan pada yang Esa. Mengharapkan satu permulaan yang baik yang akan menuju pada titik pengakhiran yang membuatkan setiap orang bangga dengannya. PadaMU jua segala pengharapan diserahkan.....

Friday, September 3, 2010

ouch... i'm running out of time..



"I'm running out of time..
no one noticed yet!"

Adehh.. banyak benda yang perlu disiapkan..
dan yang pasti semuanya mengejar aku sebelum tiba hari raya.
Mood raya =( owh usah ditanya...
masih tidak terasa bahangnya.

Things to do:
1. Soalan final exam. Due date 6/9/2010. Owh what!! Next week. This Monday. huh... 2 hari jer lagi cik kak oii...

2. Full paper.. nak submit before 10/9/2010. Huh... tak siap pun lagi ni. Draft pun masih dalam kepala.

3. Penilaian pelajar. Tak menanda lagi HOT, Kuiz, Lab Sheet pelajar. Ada 2 subjek... ada dalam 100 orang pelajar. Bila nak buat ni?? Bilik aku... fuhh jangan cakap laa.. dah macam tongkang pecah dibuat. Malu laaa camni... Nasib baik dah kawen.. kalau belum??? iskk... =)

4. Proposal PhD. Aduhh... yang ni memang tak ada due date. But for sure nak tak nak..malas atau rajin bulan 11 ni nak kena submit. Oh, IELTS tak ambil pun lagi ni. Study?? aduhh satu lagi masalah.... Tempat tak cari lagi, SV tak ada lagi... Bidang apa nak buat duk mencari lagi...
Aduhaii... kenapa banyak sangat benda-benda negatif dalam kepala sekarang ni... * - - - - - *

***********************************************************************************

Hujung minggu ni masa untuk aku buat soalan exam. 2 sets of question+schema.

Monolog seorang diri...

" Aku boleh buat... Pasti boleh... Perlukan kerajinan dan fokus yang tinggi!"





Saturday, August 14, 2010

Aku mencari hikmah...

Hari ke--4 puasa.
Aku ditimpa musibah.
DAK accident dengan kereta.
Adakah ini satu malang yg menimpa...
atau sebenarnya Allah ingin menguji aku..
dan sebenarnya ia merupakan satu kenikmatan yg aku tidak nampak.

Entah.. aku masih lagi mencari...
dan aku pasti aku akan menemuinya...
aku pasti ada sesuatu yg lebih baik menanti..
Lambat atau cepat... ianya sesuatu yg pasti!

Pengalaman pertama dalam hidup...
Alhamdulillah... Aku sendiri tidak tahu, dari mana datangnya ketenangan dalam
hidup ini. Aku sungguh tenang tadi... Aku kena handle 2 org anak... Aishah luka di dahi...
Abang ok jer.. di kala suami tiada di sisi....
Ke balai polis... deal dgn mereka (polis-2) di sana... dengan lagak ngeri... provokasi...
bertanyakan salah siapa...
dan Alhamdulillah.. aku bersyukur kerana Allah memberikan aku ketenangan .... tenang sekali.
Tidak sedikitpun aku merasa takut... Aku serahkan segalanya pada Allah.
Kerana sesungguhnya... DIA maha mengetahui.
Dan terbukti, bila siasatan dilakukan...
Aku tidak bersalah.... Bersyukur lagi ke hadratMU ya Allah....

**Innalillahiwainnailaihirojiun..
Ya Allah.. aku redha dengan apa yg terjadi...
kerana aku tau, dengan musibah yg Engkau turunkan ini...
ada sesuatu yg aku tidak tahu.. sesuatu yg lebih baik untuk aku.
Amin....

Wednesday, August 4, 2010

Erkk betul ke OK?

Hari ni kita sedih..
Dari pagi sampai ke petang ada saje benda yang sakitkan hati
ianya berturut2x...
kita terfikirkan sesuatu..
untuk mencari hikmah disebalik yang terjadi.
Tapi kita buntu!!

arghh..adakah disebabkan kita yg hormon x stabil.
emosi tidak stabil.. membuatkan semua
yg ada di sekeliling kita menerima kesan yg sama.
sampaikan notebook kita pun menjadi mangsa.
Tiba2 saja ia buat perangai.
Kita jumpa technician ni... Dia bilang better kita wat back up.
Macam harddisk nak rosak.
Hu hu hu... mlm ni kita cuba stabilkan diri.
dan kesannya, notebook kita cam dah kembali normal.

Kita mula terfikir..
dan kita mula tarik nafas panjang
kita tak nak benda2 negatif ada dalam fikiran kita
kita cuba bertenang..
dan akhirnya kita berjaya.
fuhh... kita makin lega...
(*walaupun kita tidak*)
tapi kita keep talk to myself..
Ehh... awak dah ok laa.. dah ok!!

Saturday, July 31, 2010

Amalan untuk dipermudahkan rezeki..

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. " (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. " (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya. "

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. " (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

***Nota kaki: artikel ini diambil dari FB kawan.. Dari kawan utk kawan. Moga dapat dijadikan amalan oleh kita semua.

Tuesday, July 6, 2010

Temanku...

Temanku

Angin menderu menyapa aku
bertanyakan khabar di angin lalu
oh rupanya dia ada di situ
namun wajahnya terbungkam sayu
mengapa begitu wahai temanku
wajahmu murung kedut seribu
masalah apa melanda dirimu
Aku tidak betah diam membisu
melihatkan dikau sedih begitu
izinkan aku menjadi pendengarmu
mendengar segala sedihmu
mendengar semua ceritamu
ya.. aku rela jadi pendampingmu
walaupun aku pernah kau tolak dahulu

p/s: sahabat lama muncul kembali. Setelah sekian lama tidak ketemu.
Hilang sudah ceria diwajahnya. Hidupnya gelap tidak berwarna.

Saturday, June 26, 2010

Aku harus berjuang!



Aku menyusuri sungai yang mengalir
tanpa henti tanpa lelah
aku harus sampai ke muara
kerna ada sesuatu yang menunggu
yang pasti
sesuatu yang indah untuk aku

Jangan kau mengalah wahai diri
jadilah seorang pejuang
srikandi agung yg pantas berlawan
walau badai menghempas
aku yakin
kau akan tetap di situ
melawan apa saja yang mendatang
kerna aku kenal semangatmu
pantang berundur sebelum berjuang


p/s: Owh... saya yang sedang berperang dengan emosi.
Yang pasti, saya harus lakukannya. Tahun depan..
yeahh tahun depan saya akan ke sana untuk berjuang. Doakan saya berjaya!

Rindu ini milik kamu..


Rindu menggamit jiwa
di saat insan sedang terlena
mengirimkan salam di angin lalu
mengharapkan dikau kan tahu
hati ini amat merinduimu


Rindu ini milik kamu
dan ianya setia di situ
kan ku berlari mendakapnya
kerna ku tau....
Rindu itu akan bersatu
dengan aku dan kamu


Arghhh
Rindu datang lagi
dan tidak pernah padam
malah terus bersemarak dalam hati
mengusik jiwa bermain dgn sepi


P/s: Biarkan rindu itu di situ...usah diganggu.. Bukankah ianya istimewa untuk kita.
Saya rindu kamu... Normann Arbaq, Ahmad Dhani & Aishah Dini.


Thursday, June 3, 2010

Ianya indah....

Sudah lama tidak mengarang puisi..
Sudah lama meninggalkan zaman ini..
Tapi entah kenapa, sejak akhir-2 ini banyak yang ingin dikatakan..
dan ianya ingin disampaikan melalui puisi...

Masih teringat zaman sekolah dulu..
Pantang ada masa terluang... kertas akan diconteng.. untuk meluahkan
apa yg dirasa oleh hati.
Owh.. indah.. amat indah zaman itu!
Semuanya terlalu cepat berlalu...
Andai dapat diputarkan masa.. diputarkan waktu....
Arrghh masakan ianya dapat dikembalikan.

Yeahh... akan terus maju ke hadapan...
dan selamat tinggal kenangan....

Cinta bersemi angin menyapa
laut bergelora hati merana
ingin berkasih tapi siapa
orangnya hilang entah ke mana

Dalam tidur termimpi-mimpi
siang hari mencari-cari
Bila tersedar baru mengerti
Rupanya indah hidup bersendiri

Peritnya hidup dilambung ombak
menguji sabar menahan duka
andai tersurat diri kecewa
dalam tersirat ada bahagia

Wednesday, June 2, 2010

Kau Perlu Mengerti


Sajak ini cukup sempurna sekali..
Ianya digarap dengan penuh emosi dari satu generasi ke satu generasi.
Tahniah untuk Arazmi Seman. Teruskan berkarya..


kau perlu mengerti

kauperlu mengerti
tak semua begitu mudah
melintas telapak
atau tergenggam di jemari segenap apa termimpi
jangan menyerah meski terlalu lama mencari
tak ada sempurna kita
dan tak semestinya dalam lemah ini
kita tak bisa menggapai awan dan
menjamah langit itu
semangatmu segala bagi semua itu

kau perlu
mengerti bahawa akan sampai ketika
kauperlu kulepaskan untuk terbang
mencari warnamu mengurai kepak melawan angin
aku tidak akan selamanya berada di sini
menjadi pelindung dan mempertahankan segala maumu
kerana kau perlu kulepaskan terbang jauh
mencari pulau dan teluk bahagiamu
mengisi dadamu dengan cinta
dan memikul kasih sayang di bahumu sendiri

kau perlu mengerti
cinta dan kasihku adalah terbatas waktu
sehingga kau menjadi dewasa
padamu segala pilihan
menjaring hidup dengan tanganmu
dan kemudian memahami
bagaimana pula cinta

apabila kau kembali
berada di tempatku
mengasihi dan mencintai anak-anakmu
kau perlu mengerti betapa aku menyayangimu
dengan segala cinta

aku perlu lepaskan kau pergi
dan kaulah pula membimbing hatimu memahami cinta
ingatlah tak semuanya mudah melintas telapak
tak semuanya mudah untuk terbang melawan angin
tak semuanya mudah membina rumah bahagia
dan aku akan sering berdoa
agar kau akan lebih bahagia
dari apa yang pernah kuberikan pada bondamu
dan apa yang bondamu pernah perbuatkan padaku

arazmi seman
20 Mei 2010

Tuesday, June 1, 2010

Doa untuk Gaza..


Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher
musuh-musuh kami. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada
kejahatan-kejahatan mereka Ya Allah! Leburkanlah kumpulan-kumpulan
mereka. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan
pendirian mereka. Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka.
Wahai Tuhan yang gagah perkasa! Wahai Tuhan yang penuh raksasa! Wahai
Tuhan yang bersifat murka! Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah! Wahai
Tuhan yang menurunkan kitab! Wahai Tuhan yang menggerakkan awan! Wahai
Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab! Kalahkan mereka! Kalahkan
mereka! Kalahkan mereka! Dan menangkan kami ke atas mereka.

Mereka berkuasa dan menguasai, mereka kejam dan angkuh, mereka sombong dan bongkak, mereka rakus memburu darah segar. dan KITA harus bangkit bersama, bersatu dalam jiwa, yakin denganNYA,mereka akan hancur jua.

Monday, May 31, 2010

Mereka CINTA hati saya..



Sewaktu kecil kakimu di pasir itu berbekas tapak
berlari di tepi ombak pada ummi dan baba
memelukmu mendakapmu bersama angin pantai yang hangat asin
terasa betapa dalam pelukan inilah kau membesar
kini berbekas tapak di pasir di pantai ini

Anakku...
kau kian membesar
aku yakin, suatu hari nanti aku akan merinduimu
rindu pada dakapan eratmu
rindu pada panggilan manjamu

Aku pasti anakku
suatu hari nanti
kau jua akan menyatakan hal yang sama...

Anakku :
"Untuk mu Ummi
kini aku jua telah bergelar ibu dan ayah
Dan pantai itu masih lagi setia disitu
menemani aku dan anak-anak..
Dan ombak itu
masih setia menemani pantai
mengingatkan aku padamu, Ummi.
"

Sunday, May 30, 2010

7th Wedding Anniversary

17 Mei 2003 kami diijabkabulkan.
7 magical years. Ada 2 wonderful children yang sungguh menghiburkan.

"Mereka kata akulah KEKASIH yang baik bagimu sayang,
Tanpa mereka sedar
sebenarnya KAU yang menjadikan aku KEKASIH yang BAIK..

Kau ajarkan aku erti sebuah KESETIAAN sehingga aku SETIA
kau ajarkan aku erti PENGORBANAN sehingga aku sanggup berkorban apa sahaja
Kau ajarkan aku erti KEBAHAGIAAN sehingga aku sanggup membahagiakan

Sayang,
Terima kasih kerana mengajar aku erti CINTA
sehingga aku masih setia disini
Mencintai diri mu sepenuh hati "


Thursday, April 29, 2010

Hati ini disentuh lagi..


Ku panjat kesyukuran pada mu Ya Allah.. di atas kurniaan nikmat yang terhingga ini.
Hati ku disentuh lagi..dengan kata-kata penghargaan dari pelajar-pelajar.
Kadang-kadang kita tak sedar rupanya segala percakapan kita... direkod dan diingati
oleh mereka. Aku belajar sesuatu yang baru dari mereka.
Serius, terasa ingin menangis bila di hargai oleh mereka.
Kata-kata mereka.. semangat yang mereka tunjukkan .... membuatkan aku terpikir..
dan membuatkan aku berazam untuk menjadi lebih baik lagi...
Aku pohon padaMu Ya Allah...
Moga aku akan terus diberikan kekuatan untuk menjadi seorang yang lebih baik.
Untuk menjadi seorang yang lebih prihatin...
Agar diri disayangi dan disenangi oleh semua orang.


Kepada para pelajar yang pernah menghantar email...
yang datang bercakap sendiri...
Kata-kata yang anda berikan pada saya.. sungguh memberi erti...
Terima kasih...

Dan petang ini... tika ini...
air mata ini mengalir perlahan-lahan... melihat kejayaan pelajar...
mereka telah berjaya....
mereka telah membanggakan keluarga.
tetapi ingatlah wahai pelajar...
jangan alpa... dan jangan lupa..
perjalanan masih lagi jauh...
banyak lagi yang perlu diterokai...
Teruskan... teruskan perjalanan anda.
Semoga kehidupan anda di dunia akan terus dikenang...
dan dihargai oleh orang sekeliling..

Saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda semua.

Tuesday, April 27, 2010

Pertemuan dan Perpisahan

Pada sesiapa yang tengah bercinta.. tengah dilamun cinta...
dan pada yang sedang kecewa bercinta....
Bangkitlah....
Sedarlah....
Ini bukan pengakhirannya... inilah permulaan pada sebuah perjalanan yang baru..

Justeru itu, kita hendaklah redha dengan ketentuan Allah.

Tidak banyak orang yang dapat tetap menjaga pikiran positif, apalagi bersyukur kepada Allah, di tengah hantaman musibah yang bertubi-tubi. Hanya orang-orang yang telah redha kepada Allah sahaja yang dapat melakukan hal itu. Imam Abdul Karim bin Hawazin Al-Qusyairi berkata, “Orang yang redha kepada Allah ialah orang yang tidak pernah menentang segala ketentuan-Nya.”

Dan karena sifat rahmat-Nya kepada makhluk, Allah hanya menentukan sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya meski ketentuan itu kadang terasa pahit. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Qs Al-Baqarah: 216).


Dan pada sesiapa yang sedang bercinta, ataupun sedang putus cinta...
Bacalah doa ini.. moga anda diberikan kekuatan yang luarbiasa untuk menghadapinya.

Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Thursday, April 15, 2010

Adakah ini ujian...?

Bangun pagi, tiba-2 terasa ingin mencoretkan sesuatu.
Sejak kebelakangan ini, terlalu byk pujian dan penghargaan yang saya terima.
Rimas? Yup.. saya merasakan terlalu rimas dengan pujian ini.
Kenapa?
Mula terfikir. Adakah pujian dan penghargaan yang saya terima ini adalah satu
ujian untuk saya. Kadang-2 Allah turunkan ujian kepada kita bukan hanya pada
kesakitan atau kesusahan yang kita alami...
Tapi kenikmatan yang kita terima juga merupakan satu ujian besar untuk kita
memikirkannya.

Serius.. saya merasakan begitu takut dengan apa yang saya alami sekarang ni.
Ianya datang terlalu cepat dan tidak putus-2. Ianya membuatkan saya terfikir...
Adakah saya sedang diuji?

Tunjukkanlah yg benar... semoga aku tidak tergelincir.




Sunday, April 4, 2010

Are you a Reason, a Season, or a Lifetime?



Reason, Season, or Lifetime

People come into your life for a reason, a season or a lifetime.
When you figure out which one it is,
you will know what to do for each person.

When someone is in your life for a REASON,
it is usually to meet a need you have expressed.
They have come to assist you through a difficulty;
to provide you with guidance and support;
to aid you physically, emotionally or spiritually.
They may seem like a godsend, and they are.
They are there for the reason you need them to be.

Then, without any wrongdoing on your part or at an inconvenient time,
this person will say or do something to bring the relationship to an end.
Sometimes they die. Sometimes they walk away.
Sometimes they act up and force you to take a stand.
What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled; their work is done.
The prayer you sent up has been answered and now it is time to move on.

Some people come into your life for a SEASON,
because your turn has come to share, grow or learn.
They bring you an experience of peace or make you laugh.
They may teach you something you have never done.
They usually give you an unbelievable amount of joy.
Believe it. It is real. But only for a season.

LIFETIME relationships teach you lifetime lessons;
things you must build upon in order to have a solid emotional foundation.
Your job is to accept the lesson, love the person,
and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life.
It is said that love is blind but friendship is clairvoyant.

Monday, March 15, 2010

Mereka tidak menghargai...




Mereka tidak pandai untuk menghargai pengorbanan yang diberikan.
Sedih dengan gelagat pelajar zaman sekarang....
Apa yang dapat dikatakan di sini.... pelajar yang cemerlang akan terus cemerlang..
dan pelajar yang ketinggalan akan terus ketinggalan ke belakang.

Persoalannya di sini....
Mengapakah tiada kesedaran di dalam diri pelajar?
Kemanakah hilangnya sensitiviti pelajar dengan diri sendiri?
Mungkin ini lah yang selalu dikatakan orang...
BODOH SOMBONG..!!

Ilmu yang bermanfaat ingin disampaikan..
Tapi pelajar buat acuh tak acuh sahaja.... Bengkel percuma di adakan...
makanan percuma disediakan.. dan yang penting... ILMU dan perkongsian maklumat
ingin disalurkan kepada para pelajar..
Tapi apakah kesannya??
Pelajar tidak menghargainya.....
Majoriti yang datang... terdiri daripada pelajar2 yang sememangnya sudah BAGUS...
sudah CEMERLANG....
dan kemana hilangnya pelajar yang LEMAH...
maka pelajar2 ini akan terus hanyut dalam dunianya sendiri....

Jangan salahkan lantai tidak rata.. kalau sememangnya tarian ANDA teruk!

Aku memohon kekuatan dariMU yang Allah....
untuk memberi kesedaran kepada para pelajar...
supaya mereka sedar dengan t/jwab yang dipikul....
Mereka harus sedar yg mereka adalah KHALIFAH di atas muka bumi ini.
Harapan dan harapan dari orang tua.... tidak akan terlaksana andaikata mereka terus
hanyut dalam dunia sendiri...

Bangkitlah anak bangsa...

Monday, March 8, 2010

Kasihnya Ibu...


Ada sesuatu yg boleh dipelajari....

Sebuah cerita... sebuah harapan....

Di petik dari blog seseorang.... untuk menceritakan perit getir dan penat lelah insan yang bergelar IBU,

* SEDIHNYA........*
For those yang bergelar ibu dan anak yg masih mempunyai ibu..Kasih dan
sayang ibu sentiasa berkekalan..

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun..

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik
ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir
lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang
penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan,
memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling
selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."

Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling
malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke
sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an.. Namun, meskipun telah dila tih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu
sendiri."

"Mirah dah besar,
kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?"
Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong. Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu.


Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun. "Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun.


Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.


"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang
lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan.."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. "
Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah
tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah.. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik
daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira.. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru."
"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi.. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi,
keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah.. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga.. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.

Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah
lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran
tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di
sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.
"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk
terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin
cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga
makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu,
lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih
kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga
abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah
menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk
menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana
mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.
"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa
Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu