Sunday, September 5, 2010

Menantikan jawapan....

Saya telah melamar seseorang yang tidak dikenali untuk dijadikan sebagai seorang yang istimewa dalam hidup. Mengharapkan lamaran ini diterima. Masih setia menanti. Mungkin disebabkan hari cuti, maka jawapan untuk lamaran saya masih lagi tidak berjawab.

Saya masih bersabar. Walau hakikatnya saya tidak sabar-sabar menanti.
Hanya doa mengiringi moga lamaran ini membuahkan hasil. Jika lamaran diterima, maka langkah seterusnya akan dilakukan. Proposal peminangan akan dibuat supaya lamaran dapat diikat dengan sesuatu yang pasti.
Ya.. saya memerlukan satu benda yang pasti supaya saya dapat pegang padanya.

Di Ramadhan yang mulia ini, doa dan harapan dititipkan pada yang Esa. Mengharapkan satu permulaan yang baik yang akan menuju pada titik pengakhiran yang membuatkan setiap orang bangga dengannya. PadaMU jua segala pengharapan diserahkan.....

4 comments:

sz | m.s.s said...

ihikss..kak, p merisik bawak tepak sirih ngan cincin tak? kekeeke

Arenis said...

hihihi Dik....
tak sempat nak sediakan tepak sirih dan cincin.. ini baru sesi pengenalan. Tunggu yaa...
Kak Anis tak sabar jugak ni.
Kalau betul tak ada sebarang khabar berita, jawabnya dia bukan jodoh yg terbaik untukku.

EkaWeird said...

huh?? melamar ape mdm?? fening.. fening...

Arenis said...

melamar? satu hari nnt awak akan faham. tersirat dalam tersurat. yg pasti bukan lamaran untuk dijadikan kekasih/suami.
Sebab saya sudah punya suami yg hebat :)