Monday, May 31, 2010

Mereka CINTA hati saya..



Sewaktu kecil kakimu di pasir itu berbekas tapak
berlari di tepi ombak pada ummi dan baba
memelukmu mendakapmu bersama angin pantai yang hangat asin
terasa betapa dalam pelukan inilah kau membesar
kini berbekas tapak di pasir di pantai ini

Anakku...
kau kian membesar
aku yakin, suatu hari nanti aku akan merinduimu
rindu pada dakapan eratmu
rindu pada panggilan manjamu

Aku pasti anakku
suatu hari nanti
kau jua akan menyatakan hal yang sama...

Anakku :
"Untuk mu Ummi
kini aku jua telah bergelar ibu dan ayah
Dan pantai itu masih lagi setia disitu
menemani aku dan anak-anak..
Dan ombak itu
masih setia menemani pantai
mengingatkan aku padamu, Ummi.
"

3 comments:

snowblack said...

best la madam ..
sayu je bace ....^.^

Arenis said...

syafika,
inilah hakikatnya.. setiap ibu dan ayah mmg akan merindui anak-2nya yg kian meningkat dewasa.
Hargailah mereka.. sebagaimana mereka amat menghargai dan menyayangi awak.

snowblack said...

emmm..