Salam hormat untuk semua.
Sekarang ni pelajar duk bising pasal isu penginapan yang kena bayar disebabkan dalam jadual universiti, selepas tamat tempoh semester hostel hendaklah dibayar. Saya tak salahkan pelajar kerana mereka ada hak untuk mempertahankannya. Dan betul juga seperti apa yang dikatakan, bukan kehendak mereka untuk membuat presentation selepas Final Exam. Tapi ini juga adalah arahan dari pihak atasan. Cuma saya ralat melihat tingkah laku pelajar yang menyalak dan mempersalahkan orang itu dan orang ini.
Belajarlah untuk menerima..walaupun pahit untuk ditelan. Pasti ada sesuatu yang manis disebalik ujian yang menimpa.
Ini adalah komen peribadi saya untuk pelajar yang telahpun saya post dalam ICT FB.
1. Jika benar anda seorang yang bertanggungjawab pada diri sendiri, beranikan diri anda untuk berhadapan dengan pihak berwajib JHEPA menyatakan masalah anda ini. Jangan sesekali menyalahkan orang lain. Saya bukan menyokong MPP yang anda telah pilih itu, tetapi setahu saya Nagor Nisah Raja Mohammad telah pun menjalankan tanggungjawab beliau untuk membawa masalah anda ke atas. Tetapi jawapan yang diterima adalah mendukacitakan. Hendak tak hendak kita terpaksa menerimanya kerana ini adalah arahan orang atasan. Tak salah untuk kita memperjuangkan hak sebagai seorang warga UMP terutamanya hak anda sebagai seorang PELAJAR.Tetapi kalau usaha yang telah anda perjuangkan menemui kegagalan untuk mendapat pengecualian sewa bilik, apa lagi yang harus anda lakukan.
Walaubagaimana pun, saya tak nafikan kejadian seperti ini juga sebenarnya sikit sebanyak telah membuka mata pihak berwajib (JHEPA, Fakulti dan pihak-pihak lain) untuk memandang serius mengenai hal ini. InsyaAllah, tindakan sepatutnya akan dilakukan untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Sekarang saya ingin bertanyakan pada anda apakah pilihan anda sekarang :
i) terus menyalak-2 di sini dengan menggunakan *bahasa yang sungguh cantik* supaya orang lain akan sama mengikuti arah anda, atau
ii) anda mengikuti sahaja apa yang telah diputuskan... *Redha* dengan apa yang tersurat dan anda akan melakukan sesuatu yang lebih mendatangkan kebaikan untuk anda. (Contohnya: cuba menyiapkan PSM/PTA anda yang saya yakin ada yang belum siap pun lagi) Cuba buat yang terbaik untuk PSM/PTA anda ini agar boleh mendapat keputusan yang membanggakan kerana anda bakal melangkah keluar dari UMP.
Pilihan di tangan anda... Anda sudah cukup matang untuk menilainya. Jangan jadikan masalah ini membuatkan anda hilang fokus pada matlamat asal anda sebenarnya.
Akhir kata, saya mohon maaf jika kata-kata saya ada yang menyakiti hati anda semua. Saya doakan yang terbaik untuk anda semua agar berjaya di dunia dan di akhirat. Wassalam.
Pssttt..... Ada yang bangga bila merasakan dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat mereka berjaya membuatkan maksud mereka tercapai. Tapi sebenarnya mereka terlupa yang kata-kata itu telah menyebabkan ada hati yang terluka :(
*Belajarlah untuk menghormati jika anda ingin dihormati.*
2 comments:
etika pelajar begini sama je di mana-mana pun kak...
sedih kan..
kenapa lah dulu zaman kita sungguh "patuh" saja ikut arahan pihak atasan ye...
tak pandai (memandai?) terus menerus jumpa orang atasan tanpa melalui orang2 bawahan dulu...
errmmmmm
Ya betul tu Dik... Zaman sekarang amat berbeza dengan kita dulu. Mereka terlalu berani bersuara dan mengomen tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.
Inilah pelajar kita zaman sekarang. Tapi tak semua pelajar macam tu. Ada segelintir dan segelintir inilah yang harus diperbaiki agar mereka memahami apakah sebenarnya rasa SYUKUR dalam diri.
Post a Comment