Saturday, May 28, 2011

Usah....

Usah terlalu menyanjung kelebihanku. Bimbang kau tak mampu menanggung kekuranganku. Usah terlalu berbangga akan keupayaanku. Bimbang kau akan kecewa dengan kelemahanku. Usah terlalu memuji segala kebaikanku. Bimbang kau akan teruji dengan kejahatanku. Usah terlalu berharap akan diriku. Bimbang nanti yang kau harap, tidak seperti yang kau mahu.

Sesungguhnya setiap yang baik itu, datangnya dari Allah s.w.t.
Moga Tuhan merahmati hidup kita semua.

Saturday, May 14, 2011

Sekeping kad untuk saya

Semalam hari yang sungguh bermakna dalam hidup saya. Saya menerima sekeping kad yang amat bermakna sekali. Lagi-lagi dari seorang murid yang menghargai diri sekerdil ini.

Cuma hati kecil ini tertanya-tanya... siapakah pengirim ini?
Kenapa tidak dinyatakan nama dalam kad ini?
Malukah dia? atau dia cuma tidak mahu diri dikenali?
Atau dia saja ingin membuatkan saya tercari-cari orangnya?
Untuk awak yang saya hormati..
Andai di baca coretan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kata-kata dan doa yang awak titipkan untuk saya. Apa yang anda coretkan telah meninggalkan kesan yang mendalam untuk saya memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik.
Saya sedar, segala apa yang saya lakukan ini belum lagi cukup baik untuk sesetengah orang.
Dan saya berjanji, saya berjanji untuk cuba menjadi seorang pendidik yang bukan sahaja mendidik, mengajar malah mampu memberikan inspirasi untuk orang lain.

Teringat dengan kata-kata seseorang :

Jika tak ada harta yang bisa kau beri, berilah ilmumu, jika belum banyak ilmu yang boleh kau berikan, berilah tenagamu, jika tak cukup banyak tenaga yang blh kau beri, berilah kata-kata indahmu untuk menghibur & menyemangatkan, jika kata-kata pun kau tak mampu, berilah senyum & doa tulusmu. Dan berikan semua itu dengan cinta dan keikhlasanmu, kerana hanya dengan cara itulah kau layak dirindukan. ~ Aidil Sahipaludin

Berpegang pada kata-kata ini, maka sewajarnya saya akan cuba buat sesuatu di atas kemampuan saya. kerna saya percaya, Allah menciptakan sesuatu bukan sia-sia. Dan kini, tugas sebagai manusia, sebagai pensyarah menuntut saya untuk menjalankan tugas sebaik mungkin. Keikhlasan dalam bekerja... Keikhlasan dalam beribadah dan juga keikhlasan saya sewaktu menghadapi ujian yang mendatang.

Ya Allah Ya Wahhab..
Kurniakanlah kejayaan dan kebahagiaan pada semua anak didikku. Semoga mereka akan menjadi insan yang bertakwa di dunia dan di akhirat.

Akhir kata dari saya, untuk awak... Terima kasih atas ingatan ikhlas dari anda. Saya amat menghargainya. Semoga anda berjaya menjadi insan yang disegani dan disayangi oleh semua orang.

Wassalam.

Thursday, May 12, 2011

Isu PSM dan penginapan di UMP

Salam hormat untuk semua.
Sekarang ni pelajar duk bising pasal isu penginapan yang kena bayar disebabkan dalam jadual universiti, selepas tamat tempoh semester hostel hendaklah dibayar. Saya tak salahkan pelajar kerana mereka ada hak untuk mempertahankannya. Dan betul juga seperti apa yang dikatakan, bukan kehendak mereka untuk membuat presentation selepas Final Exam. Tapi ini juga adalah arahan dari pihak atasan. Cuma saya ralat melihat tingkah laku pelajar yang menyalak dan mempersalahkan orang itu dan orang ini.

Belajarlah untuk menerima..walaupun pahit untuk ditelan. Pasti ada sesuatu yang manis disebalik ujian yang menimpa.

Ini adalah komen peribadi saya untuk pelajar yang telahpun saya post dalam ICT FB.

Wow.. panjang betul komen mengomen dari pelajar mengenai isu penginapan. Saya mewakili pihak fakulti memohon maaf dari anda semua mengenai isu ini. Ini komen peribadi saya:
1. Jika benar anda seorang yang bertanggungjawab pada diri sendiri, beranikan diri anda untuk berhadapan dengan pihak berwajib JHEPA menyatakan masalah anda ini. Jangan sesekali menyalahkan orang lain. Saya bukan menyokong MPP yang anda telah pilih itu, tetapi setahu saya Nagor Nisah Raja Mohammad telah pun menjalankan tanggungjawab beliau untuk membawa masalah anda ke atas. Tetapi jawapan yang diterima adalah mendukacitakan. Hendak tak hendak kita terpaksa menerimanya kerana ini adalah arahan orang atasan. Tak salah untuk kita memperjuangkan hak sebagai seorang warga UMP terutamanya hak anda sebagai seorang PELAJAR.Tetapi kalau usaha yang telah anda perjuangkan menemui kegagalan untuk mendapat pengecualian sewa bilik, apa lagi yang harus anda lakukan.

Walaubagaimana pun, saya tak nafikan kejadian seperti ini juga sebenarnya sikit sebanyak telah membuka mata pihak berwajib (JHEPA, Fakulti dan pihak-pihak lain) untuk memandang serius mengenai hal ini. InsyaAllah, tindakan sepatutnya akan dilakukan untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Sekarang saya ingin bertanyakan pada anda apakah pilihan anda sekarang :
i) terus menyalak-2 di sini dengan menggunakan *bahasa yang sungguh cantik* supaya orang lain akan sama mengikuti arah anda, atau
ii) anda mengikuti sahaja apa yang telah diputuskan... *Redha* dengan apa yang tersurat dan anda akan melakukan sesuatu yang lebih mendatangkan kebaikan untuk anda. (Contohnya: cuba menyiapkan PSM/PTA anda yang saya yakin ada yang belum siap pun lagi) Cuba buat yang terbaik untuk PSM/PTA anda ini agar boleh mendapat keputusan yang membanggakan kerana anda bakal melangkah keluar dari UMP.

Pilihan di tangan anda... Anda sudah cukup matang untuk menilainya. Jangan jadikan masalah ini membuatkan anda hilang fokus pada matlamat asal anda sebenarnya.

Akhir kata, saya mohon maaf jika kata-kata saya ada yang menyakiti hati anda semua. Saya doakan yang terbaik untuk anda semua agar berjaya di dunia dan di akhirat. Wassalam.

Pssttt..... Ada yang bangga bila merasakan dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat mereka berjaya membuatkan maksud mereka tercapai. Tapi sebenarnya mereka terlupa yang kata-kata itu telah menyebabkan ada hati yang terluka :(

*Belajarlah untuk menghormati jika anda ingin dihormati.*

Wednesday, May 4, 2011

Sujud syukur...


Alhamdulillah... pernantian saya selama ini akhirnya sudah terjawab pada hari ini. Syukur Ya Allah... Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Sukar untuk saya mengambarkan perasaan saya. Di saat KPT menghadkan penghantaran staf ke UK dan Aussie untuk sambung pelajaran... Tetapi Allah telah memudahkan saya untuk ke sana. Satu keajaiban untuk saya. Rasa macam tidak percaya dengan keputusan ini. Dan ini juga mengajar saya sesuatu..


Maha suci Allah.. pabila DIA berkehendakkan sesuatu ke atas kita.. tiada siapa yang boleh menghalangnya. peraturan manusia hanyalah satu peraturan. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya. Sujud syukur aku kepada MU ya Allah.

Di sini, saya dengan rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih untuk semua yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan saya. Terima kasih atas doa kalian. Dan saya yakin, kerana kalian juga saya berjaya mencapai apa yang saya citakan. Terima kasih untuk semua. Saya doakan agar kita semua akan berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga setiap apa yang kita harapkan menjadi kenyataan. InsyaAllah...


Ku sujud syukur ke hadrat Mu....