Betul, saya rasa sedikit tertekan dengan situasi sekarang. Dengan pengharapan dari suami... dan juga kehendak saya sendiri. Ya, saya takut untuk mengetahuinya. Saya tak nak hampakan harapan orang yang saya sayangi... amat saya sayangi.
Saya akan cuba kongsi keputusannya esok. Semoga ianya satu perkhabaran gembira untuk saya.
Ya Allah, Engkau permudahkan urusan hambaMU ini.....
Semoga setiap apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan.
saya terbaca kata-kata ini dari seseorang:
"Ketika kau fikir bahawa kau sudah berusaha dan sesungguhnya tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi, maka Allah mempunyai jawapannya"
sungguh mendalam... dan penuh bererti untuk saya.
2 comments:
debar jugok nih. Good luck!
Thank you Amiey.. Alhamdulillah.. langkah pertama dah berjaya... ada langkah2 seterusnya pulak ni.
Post a Comment