Thursday, December 31, 2009

Assessment: Find your strengths! http://literacyworks.org/mi/assessment/findyourstrengths.html



This is my result :





Intelligence



Score (5.0 is highest)



Description

Body
4

Body Movement: You like to move, dance, wiggle, walk, and swim. You are likely good at sports, and you have good fine motor skills. You may enjoy taking things apart and putting them back together. Incorporating body movement into your learning will help you process and retain information better. Here are some ideas.

  • Trace letters and words on each other's back.

  • Use magnetic letters, letter blocks, or letters on index cards to spell words.

  • Take a walk while discussing a story or gathering ideas for a story.

  • Make pipe cleaner letters. Form letters out of bread dough. After you shape your letters, bake them and eat them!

  • Use your whole arm (extend without bending your elbow) to write letters and words in the air.

  • Change the place where you write and use different kinds of tools to write, ie., typewriter, computer, blackboard, or large pieces of paper.

  • Write on a mirror with lipstick or soap.

  • Take a walk and read all the words you find during the walk.

  • Handle a Koosh ball or a worry stone during a study session.

  • Take a break and do a cross-lateral walk.

Social
3.86

Social: You like to develop ideas and learn from other people. You like to talk. You have good social skills. Effective techniques of enhancing your learning using your social intelligence include taking part in group discussions or discussing a topic one-to-one with another person. Find ways to build reading and writing exercises into your group activities, such as:

  • Reading a dialogue or a play with other people

  • Doing team learning/investigating projects

  • Setting up interview questions and interviewing your family, and writing down the interview

  • Writing notes to another instead of talking.

Self
3.71

Self: You have a very good sense of self. You like to spend time by yourself and think things over. You will often take in information from another person, mull it over by yourself, and come back to that person later to discuss it. You like working on projects on your own. You often prefer to learn by trial and error. Effective techniques to enhance your learning include keeping a journal and giving yourself time to reflect on new ideas and information. More ideas:

  • Go on "guided imagery" tours.

  • Set aside time to reflect on new ideas and information.

  • Encourage journal writing.

  • Work on the computer.

  • Practice breathing for relaxation.

  • Use brainstorming methods before reading.

  • Listen to and read "how to" tapes and books.

  • Read cookbooks.

Just to sit down and rest awhile... Happy New Year 2010...

"2010 tahun baru...."
Banyak yang perlu direncanakan. Banyak yang perlu dibuat penambahbaikan...
Terlalu banyak anugerah yang dikurniakan dari Illahi... namun terlalu sedikit aku mensyukurinya.

Satu permulaan semester yang baik..
walaupun pada hari pertama kuliah hanya 2 org pelajar yang menghadirkan diri... agaknya para pelajar menguji sejauh mana kesabaran aku :) Namun begitu... lepas kelas, ada di antara mereka yang datang berjumpa. Mohon maaf. Bagus... walaupun ramai yang mengatakan ini adalah trend bila buka semester... Aku hargai pada mereka yang datang dan berjumpa personally dengan pensyarah untuk meminta maaf.

Siapa kita untuk menghukum para pelajar?
Mereka cukup matang untuk menilai baik dan buruk.. Aku gembira dengan sikap segelintir pelajar yang suka dirinya ditegur.

Berkata aku pada diri sendiri...
Yaa.. Tegurlah aku!
Bimbinglah aku!
Bantulah aku!

tak kira mereka adalah pelajar... rakan fakulti, orang yg lebih tua... dan juga pada insan2 yang lebih muda dari aku....

Masa berjalan terlalu pantas.... Usia semakin meningkat....
Aku benar2 mengharapkan... kita akan menjadi lebih matang... lebih bijak dalam mengendalikan masalah yang mendatang...

3 things that we should ask ourself...

1. What are our targets?
2. What are your strategies to achieve the targets?
3. Who are you in 10 years coming?

Manusia ini mempunyai halatuju yang berbagai-bagai dan berbeza-beza bergantunglah, samada mereka terjun di dalam keseronokan dan syahwat dunia ataupun meningkat ciri-ciri keperibadian mereka kepada peribadi yang tinggi.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya....




Thursday, December 24, 2009

Hye... What say you?



" HAVE A POSITIVE ATTITUDE
; hang around with positive people, stay away from cry babies and complainers, because they will pull you down to their level. If something isn’t going right in your life, keep it to yourself, no one wants to hear your problems, make people believe you are having a wonderful time - Joe Gerard "


Think... think... and think...
Think and act wisely..

Wednesday, November 25, 2009

Antara kasih dan kasihan...




Hidup satu percaturan
tewas menang semuanya telah dicatat
jangan salahkan takdir
kenali diri sendiri

Diri..
mengapa terlalu mudah ditewaskan
mengapa dibiarkan hanyut
mengapa tidak disedarkan oleh akal
mengapa hanya diam membisu
mengapa tidak dihalang
mengapa...mengapa....mengapa.....

Terlalu mudah untuk mengucapkan maaf
terlalu sukar untuk menerima
terlalu angkuh membuat keputusan

Cukuplah...
Hentikanlah...

Jangan biarkan mereka menangis
alam meratapi kesedihan
hanya kerana kalimah itu
semuanya ranap

berhati-hati dengan perasaan
banyak hati yang merana
usah bermain dengan emosi
cinta rindu benci dendam
akan terus bersarang disitu

Sampai bila??
sampai titik noktah akhirnya....

P/s: huh... apa ni??






Sunday, November 15, 2009

Selamat Tinggal London..


Alhamdulillah..
Semalam aku selamat sampai di bumi Malaysia yang tercinta.. Setelah 10 hari di negara orang.. dan akhirnya aku telah kembali ke tanah air sendiri.. Banyak yang dipelajari di sana... Melihat pada ragam manusia... melihat pada pemandangan ciptaan Allah... aku merasakan diri ini terlalu kerdil. Banyak yang perlu aku pelajari dari alam sekeliling...







Ku panjat kesyukuran pada mu Ya Rabbi...
Di atas kurniaan nikmat yang tak terhingga ini. Terlalu banyak Engkau berikan pada hambaMu ini. dan terlalu sedikit yang aku mensyukurinya. Ampunilah aku... Jangan biarkan aku terus leka dalam dunia aku sendiri... Jangan Engkau alihkan pandanganMu walau pun hanya sekelip mata. Aku pohon padaMu Ya Allah... Semoga aku akan terus dilembayungi rahmatMu...
Amin..

Sunday, October 25, 2009

Tidak indah seperti yang diharapkan. Perlukan perubahan..



Pagi ni ada ceramah mengenai isu2 dalam bidang ICT. Melihatkan pada sikap pelajar kita, aku menjadi malu. Penceramah bertanyakan soalan... tetapi pelajar hanya diam membisu. kenapa ya? Kenapa pelajar menjadi takut untuk bersuara.. takut untuk bertanyakan soalan... atau pelajar merasakan soalan yang ditanyakan nanti akan diketawakan kerana soalan itu berbunyi bodoh!

Satu pemikiran yang harus diubah!
Harus berani untuk bertanya, Dalam pembelajaran, tiada jawapan yang salah. yang penting harus BERANI mencuba. selagi tidak dicuba.. selagi itulah kita tidak akan tahu keupayaan kita yang sebenarnya.

Aku mempunyai banyak perancangan untuk perubahan yang akan aku laksanakan dalam PnP nanti. Untuk semester ini, aku cuba implementkan kaedah PBL dalam subjek BCI3023. Masih lagi perlukan penambahbaikan. Yang pasti, pendekatan yang paling utama dalam PnP adalah teknik human touch. Apa yang dimaksudkan dengan human touch? Bagi aku human touch bermaksud sentuhan dan perasaan hormat menghormati antara pensyarah dan pelajar. Pelajar ingin diri mereka dihormati..dihargai. Dan kadang-kadang sebagai pendidik kita lupa tentang ini. Kita cuma memikirkan perasaan kita sahaja untuk mereka hormati. Sentuhan secara halus yang boleh menyentuh jiwa raga mereka. Dekatilah pelajar yang bermasalah. Mereka inginkan perhatian dari kita. Jangan abaikan mereka kerana mereka juga berhak untuk merasa dihormati dan dihargai.

Ini adalah satu CABARAN untuk aku.. kerana aku sedar.. ini bukannya satu tugas yang mudah. Untuk membahagiakan semua pihak tidak mungkin! tetapi aku harus cuba... dan aku seharusnya tidak cepat mengalah dengan kerenah pelajar.

Dan para pelajar yang budiman...
Aku akan cuba sebaik mungkin mendidik kalian.... Ya Allah... Engkau permudahkanlah urusan ku.
Amin...



Wednesday, September 16, 2009

Last day on PTK

Alhamdulillah... segala penat lelah tak tidur malam semuanya telah terbayar apabila hari ini merupakan hari terakhir PTK. 8:30-10:00am masa penghantaran tugasan individu. Then 10-00-11:30 waktu menjawab exam. Jawab 3 soalan dari 5 soalan.
Nasib baik soalan yg di spot keluar.. walaupun mungkin berbeza dari segi topiknya sedikit. But so far rasa puas hati dan bersyukur sgt.

Walaupun begitu.. rasa jugak risau... bukan apa.. dulu IELTS aku pun camtu jugak.. rasa dah jawab baik.. tp bila result keluar hancuss :(

Now plan nak uruskan kwsp untuk keluarkan wang. banyak la pulak borang yang nak kena isi. Iskk... malas la pulak. Bab nak isi borang laa benda yang paling malas nak buat.

huarrgg... i need rest... smlm berjaga dari pukul 1:30am sampai laa ke waktu skrg ni... tak tidur lagi. Gara-gara nak siapkan tugasan...

Saturday, September 12, 2009

Day 2: PTK: Kritikan, Hukuman dan Rungutan?


My second assignment during PTK.

KRITIKAN, HUKUMAN ATAU RUNGUTAN???

Ianya merupakan persoalan yang harus kita tanya pada diri sendiri. Sedar atau tidak, kita tidak pernah lari dari sikap ingin memberikan kritikan, hukuman dan kadang-kadang kita memang mudah untuk merungut atas setiap apa yang terjadi.

Dalam sistem pendidikan kita hari ini, kita sentiasa berdepan dengan pelajar yang bermasalah. Kita mengkritik mereka atas kelemahan mereka. Kita jatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Dan kita kadang-kadang merungut apabila kerja yang mereka hasilkan tidak mencapai standard yang kita inginkan.

Dan sesungguhnya, kritikan, hukuman atau rungutan sentiasa bermain-main di bibir kita.

Saya ingin memperdengarkan kepada anda semua satu puisi yang ditulis oleh W.Livingston Larned yang bertajuk Farther Forgets atau dalam bahasa melayu Ayah Lupa. Sebenarnya puisi ini banyak memberi kesan kepada saya dalam mendidik pelajar kita dan juga anak-anak saya sendiri. Kesabaran saya sentiasa diuji dengan tingkah laku pelajar-pelajar kita. Dan seperti biasa, kesabaran ini akan diuji lagi… dengan kerenah anak-anak di rumah. Dan apabila saya menghayati puisi yang ditulis oleh Larned ini, membuatkan saya terfikir… dan berfikir berulang kali. Dan saya ingin sekali berkongsi dengan anda di sini untuk kita sama-sama menghayati apa yang tersurat dan tersirat di dalam puisinya ini.

Namun begitu, saya telah ubah sedikit puisi ini mengikut kesesuaiannya setelah dialih bahasa. Saya akan membaca puisi ini untuk renungan kita bersama.

Dengarlah, Anakku! Aku mengatakan hal ini ketika kamu terbaring tidur. Di pipimu ada bekas cakaran kecil dan di dahimu yang lebar terdapat rambut kerintingmu yang basah.

Secara diam-diam aku memasuki bilikmu. Beberapa ketika sebelum itu, sewaktu aku membaca suratkhabar di bilik bacaan, tiba-tiba aku didatangi oleh rasa kesal yang amat sangat. Dengan perasaan bersalah itu, aku mendekati katilmu.

Dalam diri aku berkecamuk fikiran, aku telah bertindak kasar terhadapmu, anakku. Aku membentakmu sewaktu kamu memakai pakaian untuk pergi ke sekolah kerana kamu hanya mencuci muka sahaja. Aku menghukum kamu kerana tidak membersihkan kasutmu. Dan aku juga memarahimu kerana kamu menyelerakkan barang-barang di atas lantai.

Aku marah jika kamu dengan tidak sengaja memecahkan gelas. Aku akan mengkritikmu apabila melihat keputusan peperiksaanmu yang lemah. Aku merungut apabila kerja rumah yang engkau lakukan seperti melepaskan batuk ditangga. Dan aku cepat menghukummu diatas kesalahan kecil yang engkau lakukan.

Ingatkah kamu, waktu aku membaca di bilik bacaan, kamu datang dengan ketakutan dan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan. Waktu itu aku sibuk membaca, kamu ragu-ragu berada di pintu. “Apa yang kamu mahu.. haa?” sergah aku.

Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari ke arahku dan merangkul kuat lagi mencium aku. Tangan mungilmu merengkuh dengan kelembutan yang diberikan oleh Tuhan dalam dirimu. Dan kemudian kamu pergi, meninggalkan aku.

Tidak lama selepas itu anakku, suratkhabar yang aku baca terjatuh dan tiba-tiba aku merasa cemas sekali. Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari-cari kesalahan, memaksa- ahh adakah ini hadiah aku kepadamu sebagai anak lelaki. Itu bukan kerana aku tidak menyayangimu; Cuma… aku terlupa yang engkau masih lagi kecil dan aku terlupa peranan aku sendiri untuk mendidik dan membimbing dirimu,. Aku silap kerana menganggapmu telah dewasa dan matang, anakku.

Dan demikian banyak yang baik dan lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hatimu yang kecil ternyata mencakupi luas sekali, seluas cakerawala. Ini terbukti ketika kamu secara spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Malam ini, hanya kamu yang aku fikirkan, anakku. Aku telah berada dikatilmu dalam kegelapan dan aku berlutut di situ, malu kepada diriku sendiri.

Ini memang suatu penyesalan yang lemah; aku tahu kamu tidak akan mengerti ini semua sekiranya aku katakan kepadamu. Tetapi esok aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang ayah! Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita dan tertawa jika kamu ketawa. Aku akan cuba memahami duniamu, anakku.

Maafkan aku, anakku. Aku telah menuntut darimu terlalu banyak. Kamu masih kecil… dan kamu masih memerlukan sokongan dan tunjuk ajar dari ayahmu. Berikan aku peluang, untuk aku buktikan sesungguhnya Aku adalah Ayah yang terbaik untukmu, sayang.

Begitulah pengakhirannya puisi ini.

Sebuah kemaafan yang dituntut oleh seorang Ayah. Saya ingin bertanyakan soalan kepada anda semua. Sejauhmanakah anda boleh bersabar dengan sikap pelajar-pelajar atau anak kita yang bermasalah?

Bagaimanakah anda memujuk diri sendiri? Bagaimanakah anda memberikan kemaafan kepada mereka?

Dan bagaimanakah anda menunjukkan tanda penghargaan kepada mereka?

Saya amat menghargai jika ada di antara kalian yang boleh menjawab soalan-soalan saya ini.

Untuk kesimpulan bagi topik ini, saya petik kata-kata dari Dr Arthur I.Gates (Pendidikan Psikologi):

“Setiap orang inginkan simpati. Kanak-kanak suka menunjukkan luka-lukanya. Kadangkala mereka sengaja melukakan diri mereka untuk mendapatkan simpati tersebut. Begitu juga keadaannya dengan orang dewasa yang akan menarik perhatian kita dengan sikapnya yang memberikan masalah pada orang lain. Mereka sebenarnya inginkan perhatian”

Friday, September 11, 2009

Day 1: PTK-Kertas renungan




My first entry...
Dah lama create blog ni. But i don't have any idea and till i joined for PTK.I think now is the time for me to share my first assignment on topic Sharing of your experience.

Pernahkah anda mempersoalkan takdir yang menimpa diri anda. Kenapa aku yang harus menghadapi ujian ini? Mengapa bukan orang lain? Kenapa aku yang lemah juga yang sentiasa menjadi mangsa keadaan? Dan persoalan demi persoalan membelenggu diri kita seharian.

Suatu masa dahulu, saya sering pertikaikan setiap ujian yang dikenakan kepada saya. Saya pernah kehilangan kasih seorang ayah. Saya pernah tewas dalam percaturan saya sendiri. Sehinggalah saya bertemu dengan seseorang yang menyedarkan saya bahawa sesungguhnya kasih sayang itu masih ada untuk saya. Sesungguhnya Allah masih bersama saya. Dan saya akur dengan setiap ujian yang diturunkan kerana sesungguhnya barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, nescaya akan diujinya dengan beberapa kesusahan- Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Saya kini bangkit dalam mengejar cita-cita untuk melahirkan anak bangsa Melayu yang hebat. Melayu tidak seharusnya layu. Tetapi Melayu seharusnya bangkit dari lamunan yang tidak berkesudahan. Kini saya bergelar Pendidik. Tugas seorang pendidik bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Ianya menuntut pengorbanan yang tinggi. Pada hujung minggu yang lepas, saya korbankan masa cuti saya bersama dengan keluarga untuk menghadirkan diri ke Kem Kecemerlangan Pelajar Tahun 1 Diploma FSKKP. Kem ini berlangsung pada 5-6 September 2009. Dikala orang lain bercuti bergelak ketawa bersama keluarga tersayang, saya dan pensyarah-pensyarah yang lain berhempas pulas untuk menabur bakti pada anak bangsa kita.

Sedikit terkilan dengan sikap pelajar-pelajar kita. Masih ada segelintir yang tidak pandai menghargai apa yang mereka perolehi. Sikap mereka yang acuh tak acuh membuatkan saya terfikir, inikah balasan yang saya dapat di atas pengorbanan yang telah saya lakukan? Tetapi hati saya cepat-cepat memujuk. Saya tidak seharusnya kalah dengan sikap yang mereka tunjukkan. Dan saya seharusnya tidak lokek untuk memberikan mereka galakan. Saya seharusnya bersikap lebih terbuka dan saya tidak berhak untuk menghakimi mereka. Tiba-tiba hati kecil saya berdetik, apa salahnya jika saya jadikan sesuatu kesilapan itu kelihatan mudah untuk diperbaiki. Dan saya kembali bersemangat untuk mendidik mereka.

Pada 6 September 2009, saya telah dikehendaki menjadi moderator untuk Slot 4: Masalah pelajar di awal pengajian. Banyak masalah yang diutarakan. Dan kebanyakannya berkisar mengenai kurang minat, kurang keyakinan diri, malas belajar, suka ponteng kelas, susah untuk memahami subjek pengaturcaraan dan banyak lagi. Setelah semua masalah dikenalpasti, maka saya telah berkongsi ilmu dengan para pelajar mengenai kesedaran diri yang harus wujud dalam diri mereka. Sesungguhnya mereka masih muda dan masih memerlukan perhatian dan jagaan dari kita sebagai seorang pendidik. Kenali diri anda sendiri, itulah yang saya katakan kepada mereka. Kita mesti jujur dan ikhlas dalam menilai diri kita sendiri. Apa saja kekuatan dan kelemahan kita, hendaklah disenaraikan. Setiap manusia dilahirkan dengan potensi diri untuk berjaya. Kadang-kadang kita membiarkan diri dibelenggu dengan kepercayaan yang salah. Menganggap satu perkara itu SUKAR, maka kesukaranlah yang akan kita tempuhi. Apa sahaja anggapan atau kepercayaan kita, maka itulah yang akan menjadi kenyataan.

Saya cuba membawa pelajar untuk memahami bahawa kehidupan bergelar mahasiswa adalah indah. Keindahan yang lahir dari jiwa yang bersih. Jangan sesekali takut untuk berubah. Tanpa keberanian, mimpi tak akan menjadi kenyataan. Saya juga cuba untuk menyakinkan pelajar dengan kisah hidup saya sendiri. Sebagai contoh saya impikan sebuah keluarga yang bahagia, karier yang diidamkan, dan sebuah rumah di bandar yang strategik. Alhamdulillah kini saya sudah memilikinya kerana percaya pada kebolehan diri sendiri. Dulu saya tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibanggakan. Tapi kerana saya ada 'keyakinan' dan selalu tanamkan azam untuk mencapai apa yang diimpikan sudah tentu ia akan membuahkan hasil dalam jangka masa yang tertentu. Cepat atau lambat bukan persoalan, tetapi sejauh mana kita yakin pada diri kita sendiri.

Saya benar-benar berharap para pelajar akan dapat manfaat dari kem kecemerlangan ini. Dan juga pada para pembaca yang akan membaca pengalaman saya ini, saya juga doakan anda akan memperolehi kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat. Sebenarnya dalam hidup ini, mudah sekali untuk gagal. Fikirkan kegagalan dan kita akan gagal. Jadi berhati-hati tentang apa yang kita katakan pada diri kita. Besar implikasinya. Maka, sentiasalah berfikiran positif kerana setiap apa yang kita corakkan akan memberi kesan pada kehidupan kita. Selamat maju jaya.