Sunday, October 25, 2009

Tidak indah seperti yang diharapkan. Perlukan perubahan..



Pagi ni ada ceramah mengenai isu2 dalam bidang ICT. Melihatkan pada sikap pelajar kita, aku menjadi malu. Penceramah bertanyakan soalan... tetapi pelajar hanya diam membisu. kenapa ya? Kenapa pelajar menjadi takut untuk bersuara.. takut untuk bertanyakan soalan... atau pelajar merasakan soalan yang ditanyakan nanti akan diketawakan kerana soalan itu berbunyi bodoh!

Satu pemikiran yang harus diubah!
Harus berani untuk bertanya, Dalam pembelajaran, tiada jawapan yang salah. yang penting harus BERANI mencuba. selagi tidak dicuba.. selagi itulah kita tidak akan tahu keupayaan kita yang sebenarnya.

Aku mempunyai banyak perancangan untuk perubahan yang akan aku laksanakan dalam PnP nanti. Untuk semester ini, aku cuba implementkan kaedah PBL dalam subjek BCI3023. Masih lagi perlukan penambahbaikan. Yang pasti, pendekatan yang paling utama dalam PnP adalah teknik human touch. Apa yang dimaksudkan dengan human touch? Bagi aku human touch bermaksud sentuhan dan perasaan hormat menghormati antara pensyarah dan pelajar. Pelajar ingin diri mereka dihormati..dihargai. Dan kadang-kadang sebagai pendidik kita lupa tentang ini. Kita cuma memikirkan perasaan kita sahaja untuk mereka hormati. Sentuhan secara halus yang boleh menyentuh jiwa raga mereka. Dekatilah pelajar yang bermasalah. Mereka inginkan perhatian dari kita. Jangan abaikan mereka kerana mereka juga berhak untuk merasa dihormati dan dihargai.

Ini adalah satu CABARAN untuk aku.. kerana aku sedar.. ini bukannya satu tugas yang mudah. Untuk membahagiakan semua pihak tidak mungkin! tetapi aku harus cuba... dan aku seharusnya tidak cepat mengalah dengan kerenah pelajar.

Dan para pelajar yang budiman...
Aku akan cuba sebaik mungkin mendidik kalian.... Ya Allah... Engkau permudahkanlah urusan ku.
Amin...



6 comments:

greenbuble said...

Assalamualaikum..
pelajar - pelajar sekarang memang malu xbertempat,kalau perkara yang baik malu,kalau buat perkara xbaik xmalu plak..
mungkin perlukan satu program motivasi yang secara berkala dianjurkan oleh jk akademik fakulti..
tp pelajar skrg nak pergi program motivasi pun kena paksa,amik kehadiran.. Kuatkan semangat Pn.Insyallah perjuangan akan membuahkan hasil.

me said...

Salam ,
Bagi aku , isu dia skrg adalah budak2 tu x tau nak jadi apa pada masa akan datang. Bagi dia exam adalah sekadar nak lulus , nanti belakang hari baru fikir nak jadi apa...
Kita telah diacukan supaya jad pasif sebab ramai kawan2 akan fikir negatif kalau kita bertanya lebih , kdg2 org akan kata kita " nak tunjuk terror " la tu , " eleh.. mcm bagus sangat " , " Nak bodek la tu ". Actually apa yng boleh buat adalah umpan dia dengan benda2 yang menarik seperti sapa jawap soalan lebih 10x dengan betul dapat tiket wayang... percayalah ia akan lebih berkesan...

Engku said...

Tanpa Kebaranian,mimpi xkn jd kenyataan..
Sepatutnya setiap pelajar perlu terapkan nilai2 murni untuk brfikir lbh positif, bkn ke arah negatif. Isunya ialah tiadanya semangat Keberanian dlm diri,andainya setiap org ada sifat berani, InsyaAllah semuanya akn berjaya.Umpan utk melahirkn sifat yg berani melalui hadiah biasanya berkesan tp kita xtahu sampai bilakh inyanya akan berkesan.Adakah selamanya?Untk sementara?@utk beberapa ketika shja? Sepatutnya setiap org perlu adanya "keikhlasan" dlm melalukan ape shja kerja pun. Andai kata setiap benda yg dilakukn ikhlas, InsyaAllah inya penuh keberkatan..

arenis said...

Terima kasih byk2 di atas komen yang diberikan.. Hadiah sudah diberikan tanda penghargaan pada soalan yang diajukan.
Tapi umpan ini pun seolah2 tidak memberi kesan pada pelajar.
Semoga pengalaman dan usia akan mematangkan pelajar.

Mr Ahmad said...

Sebenarnya,student perlu diberi perhatian tentang domain pembelajaran.sebagai contoh kalu di bidang sains komputer,pendekatan berkonsepkan psikomotor mesti dititk beratkan supaya ape yang kita expected dari student akan mencapai objektif.Ini kerana di bidang kemahiran kita mesti lebih kepada latih amal,simulasi,group projek.kalu di beri pendekatan kepada cognitif(pengetahuan) ia x akan membuahkan hasil kerana byk syarahan x kan ubah student.yang paling penting student mesti di beri pendedahan baru dan konsep pembelajaran di universiti mesti di ubah mengikut kursus yang ditawarkan.kalu utk pendekatan modal insan seperti takut bertanya,takut bersuara mesti gunakan pendekatan affective(sikap) sebagaimana mengunakan case study atau perumpamaan supaya ade kesedarana dalam diri pelajar.yang menjadi masalah adalah pelajar kurang yakin pada diri sendiri.Manusia semua sama sahaja.semua ade potensi,cume tidak diledakkan dan tidak diexplore segala kebolehan yang dianugerahkan kepada kita.Semua boleh berjaya insyaallah.Sama2 la kita berdoa yea puan. Terima kasih kepada puan kerana byk mendidik sy.hehe

arenis said...

Mr Ahmad... Tq so much atas pandangan anda yang sungguh bernas. I just wonder, siapakah awak ini? Adakah saya pernah mengajar awak?

Kata-kata awak mengingatkan saya pada seseorang yang amat saya hormati. Tapi sayangnya kami telah lama tidak berjumpa. Beliau seorang yang berpandangan jauh dan bijak dalam membuat keputusan. Dan saya dapat rasakan yg anda memiliki sikap tersebut.

Ya.. saya sokong! semua manusia mempunyai potensi untuk berjaya...

Tq so much for jotting down here.