Showing posts with label PhD journey. Show all posts
Showing posts with label PhD journey. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Hari-hari yang berlalu



Pejam celik pejam celik dah nak masuk 4 bulan saya di sini.
Ianya satu penghijrahan yang besar untuk kami.
Kami tinggalkan semuanya di Malaysia.
Dan kini... perjalanan yang panjang tanpa noktah akhir untuk saya.

Termenung... berfikir panjang saya di buatnya.
Banyak yang ingin dikatakan.. tapi tidak terluah dengan perkataan.
I don't know where to start...
I feel lost in my way.
Oh what happen to me now?
Kekacauan jiwa!
atau semua orang yang tengah belajar macam saya ni mengalami situasi yang sama?


Sunday, October 9, 2011

Perjalanan bermula

Alhamdulillah.
We are in Cardiff!


This picture taken at Kota Bharu airport 24/9/2011.

Terima kasih pada semua saudara mara yang menghantar. Thank you for your ample time.
















Location : KLIA airport with hubby's family.

Selamat sudah perjalanan kami ke sini.
Dan kini bermulalah perjuangan aku untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Mampukah aku??
Persoalan ini kerap bermain di fikiran.
Aku harus sahut cabaran ini. Tidak mungkin berpaling lagi.
Set your goal!
Set your target!
Semua ini kena clear... semua ini kena lebih spesifik.

Thank GOD...
Syukur... Mr hubby and kids helped me a lot.
Merekalah penyuntik semangat ini!
I have to be strong.

Terima kasih untuk semua yang telah mendoakan aku untuk selama ini.
Doa kalian dimakbulkan Allah.
Terima kasih untuk keluarga tersayang : Mama, papa, Nda, Ibu adik beradik dan juga saudara mara.
Terima kasih untuk sahabat-sahabat tersayang yang banyak menyokong dan memberikan kata-kata semangat untuk aku!
Dan untuk kamu sahabatku : terima kasih kerana sentiasa menelefon bertanya khabar dari jauh.
You really a special friend... oh no... u r more than a good friend.
I love u all!

Pesanan untuk diri sendiri:
Awanis, kuatkan semangat.. tabahkan hati, Semoga kamu berjaya menempuhnya!

Wednesday, June 29, 2011

Akhirnya terjawab....

Alhamdulillah...
Semalam cukup 7 hari saya beristikharah mengadap Allah.
Dan hari ini, pagi ini... saya rasa hati ini sudah cukup kuat untuk memilih yang terbaik.
Moga rasa ini datangnya dari Allah. Rasa yang mendorong ini diterbitkan dari Allah.

Tuhanku,
Jangan biarkan adanya terbit rasa menyesal dalam diri ini.
Jangan biarkan aku terus-terusan di himpit rasa serba salah
Moga apa yang aku rasakan hari ini...
Adalah sesuatu yang ingin Engkau sampaikan pada hambaMU
Moga aku terus yakin dalam pilihan ini
Dan moga aku tidak akan berpaling lagi....

Indahnya ujian ini Ya Allah
Membuatkan aku makin hampir dengan Mu
Membuatkan diri ini sentiasa ingin bersama Mu

*Syukur Ya Allah*

Jika ini yang terbaik... Tunjukkan aku...


Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar.

Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya.

Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Tuesday, April 19, 2011

Menanti dan terus menanti...

Sudah lama tidak update blog. Sudah lama ditinggalkan. Memang bersawang sesawang saya ini. Apa yang nak dikatakan ini masih lagi kosong! Mungkin disebabkan hati dan pemikiran saya juga kosong. Cuba cari apa yang difikirkan... Aduh... Empty!!

Ok, saya masih lagi menanti... mungkin disebabkan penantian ini memang menyeksakan saya, sehinggakan saya tidak bersemangat untuk buat apa-apa. Fuh bilakah ianya akan berakhir... Memang benar kata orang... saya kena belajar untuk bersabar. Bersabar menantikan sesuatu yang pasti.

Sudah banyak gambaran dan lakaran yang saya lukiskan ke dalam minda saya. Saya cuba merasainya dan lihat dengan mata hati. Dan tidak dinafikan... saya sungguh rasa takut. Takut jika apa yang saya harapkan tidak menjadi kenyataan. Adakah saya cuba untuk pertikaikan apa yang akan ditakdirkan untuk saya???

Ampunkan aku ya Allah....

Friday, January 14, 2011

Terima kasih.

Terima kasih atas doa kalian.
Alhamdulillah, saya berjaya peringkat dalaman. Dan sekarang menunggu kelulusan peringkat KPT pula. Ini mungkin mencabar lagi.. sebab KPT memang mengurangkan Staf untuk ke UK. I should have a back up plan, just in case tak dapat kelulusan dari KPT.. saya akan pilih UKM or UTM untuk sambung belajar. But I still hope for the Best. Still waiting and waiting.

Ini baru permulaannya. Ranjau onak duri sepanjang PhD, lagi membuatkan seseorang tu jatuh terduduk ataupun menjadikan ianya lebih kuat dan bersemangat menghadapi hidup. Moga saya diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi setiap ujian, dugaan dan cabaran dengan tenang dan bersemangat.

Allah Ya Fatah... sesungguhnya setiap masalah setiap kesukaran ada penyelesaiannya.

Thursday, January 13, 2011

Owh... Temuduga!

Hari ini saya ada ditemuduga untuk cuti belajar. Saat yang mendebarkan. 2 jam saja lagi masa saya akan tiba. Fuhh.. sungguh debaran makin terasa... terasa sejuk kaki tangan ni dibuatnya.
Semalam berita yang menyedihkan...
ada 2 saja tempat untuk ke UK. dan 2 tempat itu telah pun diisi oleh staf dari fakulti lain. Permohonan dari tahun lepas lagi.
Adakah ini bermakna saya akan terlepas peluang? Kerana saya juga akan ke UK. Emm... Berita tu sedikit sebanyak memang menyentap hati saya. Mungkin kerana saya berharap.
Tapi apa-apa pun, saya yakin dengan perancangan dari Allah. Mungkin tetap ada rezeki saya untuk ke sana. Siapa tahu kan.....

Saya mohon kekuatan dari Allah.. agar sewaktu sesi temuduga nanti saya dapat menjawab setiap soalan dan pertanyaan dengan tenang dan menyakinkan. Hilangkanlah rasa resah gelisah yang melanda jiwa. Balutlah ia menjadi satu ketenangan dalam diri.
Ya.. pada siapa lagi yang harus saya memohon.. hanya pada MU.... moga dipermudahkan segala urusan saya nanti.

Semoga kalian dapat mendoakan untuk saya juga. Semoga doa-doa ini dimakbulkan Allah. DIA maha mendengar...

Wednesday, December 22, 2010

....................

Disaat saya benar-benar berkehendakkan sesuatu... amat memerlukannya..dan ketika inilah juga saya diuji. Aduh, saya rasa macam jatuh dihempap batu. Penat kepala ini memikirkannya. Dah tak tau nak luahkan bagaimana perasaan ini bermahajarela dalam kepala saya.

Memang betul la seperti apa yang dikatakan...
"mungkin sesuatu yang kita rasa buruk untuk kita.. mungkin sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita buat masa sekarang!"

Mode: sedang memujuk hati yang sedih |-(

Saturday, December 11, 2010

Syukur...

Dari semalam lagi untuk cuba menulis sesuatu di sini. Ingin berkongsi kegembiraan dengan anda. Tetapi jari jemari ini kaku. Mungkin kerana terlalu gembira hingga membuatkan saya tak tau nak kata apa-apa. 27 Dis 2010, result ielts dikeluarkan. Dengan perasaan yang berdebar-debar.. rasa takut... rasa tak sabar... owh semuanya digaul menjadi satu.

Dengan penuh pengharapan... dengan penuh doa.... saya benar-benar memohon pada Allah agar keputusannya nanti akan menggembirakan semua pihak. Hanya DIA yang mengetahui gelodak di hati saya. Dan... Alhamdulillah... Allah menjawab semua doa-doa saya... Allah memperkenankan harapan saya. Semuanya terasa begitu indah. Semuanya terasa begitu mudah...

Jujurnya, masa peperiksaan hari itu... saya benar-benar rasa tertekan. Dengan [sakit] yang dihadapi pada masa itu . Saya benar-benar lemah. Dan saya tau saya telah diuji... Dan waktu dalam [dewan peperiksaan], susahnya soalan-soalan tersebut hingga membuatkan saya hilang keyakinan. Apa yang saya lakukan waktu itu, saya tidak putus-putus berdoa... Semoga akan terjadi satu keajaiban. Agar saya dapat jawab dengan baik... Ketika itu saya hanya menjawab peperiksaan hanya mengikut gerak hati yang dikurniakan oleh Allah. Saya tak pasti apa yang saya tulis..... betul.. hanya mengikut gerak hati sahaja.... I'm lost in my way..... Hanya doa... hanya DIA yang maha mengetahui segalanya.

Dan semalam saya dapat keputusannya. Ya Allah... besarnya nikmat yang Engkau kurniakan untuk aku... Aku berjaya! dan aku yakin kejayaan ini 100% semuanya dariMU. Rasa tidak percaya dengan apa yang dilihat... dan aku semakin yakin denganMU Allah... Aku makin yakin seyakinnya.... Engkau sentiasa menguji hambaMU, kerana sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuknya.

Masanya akan tiba... Saya akan mula membuat perancangan dengan sebaik mungkin. Saya harus cepat. Banyak lagi benda yang perlu diselesaikan dengan segera. Yang pasti bulan depan Januari 2011 saya dikehendaki menghantar permohonan PhD saya. Semuanya begitu pantas. Saya harus pantas dan tak boleh lengah-lengah lagi. Pada siapa lagi harus saya meminta... tak lain dan tak bukan... hanya Allah.

‎"Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkatimu..."



P/s: Terima kasih atas sokongan dan doa anda semua selama ini. Saya amat menghargainya.

Tuesday, November 30, 2010

Protect your dreams...


"Don't ever let somebody tell you that you can't do something. Not even me. You got a dream, you've got to protect it. People can't do something themselves they wanna tell you that you can't do it. You want something, go get it! "
- Chris Gardner, The Pursuit of Happyness.
Berpesan seorang bapa kepada anaknya,

"Jangan biarkan sesiapa beritahu sesuatu apa yang kamu tidak boleh buat, walau ayahsekalipun... Jika kamu ada impian, kamu mesti pertahankannya.
Bila mereka tidak boleh buat, tidak bererti mereka berhak beritahu yang kamu sendiri tidak mampu lakukannya.
Jika kamu ada impian, capai dan dapatkannya. Berusahalah.. sehingga dapat!
Jangan sesekali berputus asa."




Sunday, September 5, 2010

Menantikan jawapan....

Saya telah melamar seseorang yang tidak dikenali untuk dijadikan sebagai seorang yang istimewa dalam hidup. Mengharapkan lamaran ini diterima. Masih setia menanti. Mungkin disebabkan hari cuti, maka jawapan untuk lamaran saya masih lagi tidak berjawab.

Saya masih bersabar. Walau hakikatnya saya tidak sabar-sabar menanti.
Hanya doa mengiringi moga lamaran ini membuahkan hasil. Jika lamaran diterima, maka langkah seterusnya akan dilakukan. Proposal peminangan akan dibuat supaya lamaran dapat diikat dengan sesuatu yang pasti.
Ya.. saya memerlukan satu benda yang pasti supaya saya dapat pegang padanya.

Di Ramadhan yang mulia ini, doa dan harapan dititipkan pada yang Esa. Mengharapkan satu permulaan yang baik yang akan menuju pada titik pengakhiran yang membuatkan setiap orang bangga dengannya. PadaMU jua segala pengharapan diserahkan.....