Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Hari-hari yang berlalu



Pejam celik pejam celik dah nak masuk 4 bulan saya di sini.
Ianya satu penghijrahan yang besar untuk kami.
Kami tinggalkan semuanya di Malaysia.
Dan kini... perjalanan yang panjang tanpa noktah akhir untuk saya.

Termenung... berfikir panjang saya di buatnya.
Banyak yang ingin dikatakan.. tapi tidak terluah dengan perkataan.
I don't know where to start...
I feel lost in my way.
Oh what happen to me now?
Kekacauan jiwa!
atau semua orang yang tengah belajar macam saya ni mengalami situasi yang sama?


Friday, November 11, 2011

Salam dari Cardiff.

PadaMU Ya Rabb..

kami sujud bersyukur padaMu Ya Allah.
Sehingga tika ini, kami masih bernyawa.. masih lagi dapat berjalan di bumiMu.
Masih lagi dapat mengenyangkan perut kami.
RezekiMu yang tidak pernah putus.
Syukur Ya Allah.


Anak-anak kami..


Ahmad Dhani dan Aishah Dini gembira di sini
Abang dah bersekolah di Gladstone
Minggu lepas, abang dapat *STAR* reward from his HeadTeacher.
Because he can easily adapt with the school environment so quickly.
That's a comment from his teacher.
and this week he got comment...
*He is excellent. He can read and understood the story*
and he got sticker *Great Reader*
He really enjoyed to go to school everyday.
Wah my dear son... Ummi really proud of you :)


Ini kisah Adik *Aishah Dini*
Adik masih lagi belum bersekolah.
In the morning, 8am abang and adik akan naik basikal.. pusing2 kat bawah.
8:20am; It's time to go to school... Ummi, baba, abang dan adik akan sama-sama
bergerak untuk ke sekolah. Lepas hantar abang ke sekolah, adik dan baba akan ke Library.
Adik suka sangat gi library. Banyak buku... dengan suasana library yang sungguh memikat
hati adik, agaknya!
We missed to do this when we are at Malaysia. Di sini, kami banyak menghabiskan
masa bersama-sama... And we feel that we really appreciate to each other.
Thank GOD... We love you. For all your kindness... For all your guidance.


Suami ku Normann Arbaq..

Untuk suami tersayang...
Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi ummi.
Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah kurang dari baba.
Sekarang Baba adalah Chef terbaik untuk kami sekeluarga.
Hari tu baba buat nasi beriyani.. dan semalam balik dari school,
ada pizza atas meja. Yeehaa..!!
Baba buat pizza yang sungguh sedap. Kalah pizza hut :)
Next masakan apa pulak yg baba akan hidangkan untuk kami...

Di saat suka dan duka, baba adalah peneman ummi yang paling setia.
I love you so much!








Untuk yang membaca blog saya ini,
ampun dan maaf dari kami. Doakan saya berjaya menghabiskan PhD ini dalam masa
yang ditetapkan. Semoga kami tabah dan kuat untuk menghadapi segala rintangan yang
mendatang.

Dan untuk awak-awak diluar sana..
Saya mendoakan semoga kita semua berjaya dan bahagia tak kira di mana kita berada.
Semoga Allah sentiasa melindungi hidup kita semua.
Ameen.


Salam sayang..
Dari kami di Cardiff.

Saturday, October 15, 2011

Ya.. Dialah lelaki yang baik itu.


Lelaki ini, sebenarnya apa mahunya? Lelaki jugalah yang mengatakan perempuan itu seperti mawar, dan kata mereka, “Untung duri ini menumbuhkan mawar.” Namun pada ketika lainnya, mereka juga yang berkata, “Rugi sekali mawar ini mempunyai duri.”

Lalu apa mahumu, wahai lelaki? Saya ini benarlah perempuan yang tidak tahu berfesyen, tidak tahu jenama make up apa yang sesuai untuk saya, dan tidak tahu serba-serbi, namun saya tetap juga seorang perempuan yang punyai hati bagi memberi cinta, tetap juga punyai hati bagi menerima cinta.

Namun lelaki ini pandai betul. Pada saat saya berkata begitu, ini pula jawabnya, “Cinta Tuhan itu juga yang dipinjamkan kepada hati kamu. Jadi, elok sangatlah sekiranya kamu dahulukan cinta Tuhan dan pasti kamu tidak akan kecewa. Malah cinta manusia juga yang akan menyusul. Ataupun mungkin sahaja, kamu boleh menjadi seperti Rabiatul Adawiyah.”

Lalu diam sahajalah saya kerana, kata-kata lelaki itu adalah 'noktah' hati. Tidak ada salahnya pada kata-kata itu tetapi, untuk perempuan yang lemah seperti saya ini, bagi mencapai cinta Tuhan, perlukan bantuan, dan pastinya bantuan itu datangnya daripada seorang lelaki bernama suami. Tuhan tahu sekuat mana hamba-Nya, dan bantuan Dia tiba dalam bentuk cinta seorang lelaki.

Sekiranya tidak 'bantuan' yang Tuhan hantar itu, jadi bagaimana saya seorang perempuan yang lemah mampu memperoleh rahmat dan reda yang lebih daripada Allah? Lelaki juga tahu, perempuan yang taat kepada suami itu adalah perempuan yang menerima reda yang besar daripada Tuhan sehingga boleh masuk dari mana-mana pintu syurga yang perempuan itu mahu.

Jadi, mudahnya, saya ini tahu diri, saya adalah perempuan yang tidak kuat tetapi punya cita-cita besar bagi meraih cinta Ilahi. Lalu, para lelaki, bantulah saya ke arah itu. Namun, seperti kata saya tadi lelaki ini apa mahunya? Maksud saya, lelaki baik-baik ini, apa mahu kamu? Untuk lelaki-lelaki celaka di luar sana, tidak perlu tersenyum-senyum memberitahu mahumu. Jangan sampai ludahku, hinggap di wajah penuh nafsumu.

Soalan saya itu yang saya pendam-pendam dalam hati, sehinggalah pada suatu hari, saya mengerti juga, namun dalam bentuk yang membuat saya semakin bingung.


Ibu cantik

Begini sahajalah, biar saya ceritakan siapa saya, dalam satu ayat. Saya adalah perempuan yang berharap reda Allah, namun dalam masa yang sama saya adalah perempuan yang lemah. Itulah saya, dan lemahnya saya itu, adalah kerana tanpa sedar sering juga terpaut hati kepada lelaki baik itu dan lelaki baik ini dengan harap mereka menjadi suami saya.

Memanglah saya tidak melulu pergi kepada lelaki itu dan berkata “Kahwini aku”, tetapi tetap juga saya berasa berdosa kerana mempunyai rasa seperti itu. Rasanya seperti, murah benarlah hati saya ini. Namun itulah yang saya beritahu tadi, saya lemah untuk urusan yang satu itu. Mujur juga saya masih kuat bagi menahan diri bagi tidak terlihat seperti perempuan yang murah.

Sehinggalah pada suatu hari, saya perempuan yang lemah ini sempat berbicara dengan seorang ibu yang sudah punyai lima anak, tetapi wajahnya tetap segar, muda dan saya takjub sekali dengan dia. Bayangkan sahaja, sudah punyai lima anak tetapi tetap disangka anak dara yang baru mekar. Luar biasa sekali.

Seperkara yang saya tahu, ibu itu keturunan yang memang sedia cantik dan awet muda, namun seperkara lagi, saya baru tahu pada hari itu dan melalui ibu itulah, saya semakin rungsing dengan cerita lelaki-lelaki baik ini.

Lelaki baik

Petang baru masuk bersama awan-awan yang berbentuk kasut mary jane. (Bentuk kasut yang saya baru belajar secara tidak sengaja dua hari lepas). Saya pula pada ketika itu dengan wajah yang baru dikesat minyaknya sedang duduk semeja dengan seorang ibu beranak lima yang cantik.

Memang sudah tugas saya, sebagai editor buku bagi bertemu dengan manusia-manusia yang mahu menulis, dan pada petang itu, saya bertemu ibu yang mahu menulis. Menurutnya, dia mahu menulis berkenaan mendidik anak gaya Saiditina Fatimah, dan untuk saya, itu sangat bagus bagi pasaran buku.

Lalu cepat-cepatlah saya bertemu janji dengan dia, dan mulanya, terus-terang sahajalah di sini, saya menyangka akan bertemu perempuan yang berwajah keibuan, menyejukkan mata, dan membuat saya berasa menjadi anak kepada dia.

Sangkaan saya itu benar pada perempuan yang berwajah keibuan, menyejukkan mata tetapi dia tidak membuatkan saya berasa menjadi anak kepada dia. Malah, saya berasa dia seperti rakan sebaya walaupun anaknya sudah lima. Semuanya gara-gara wajahnya yang segar itu.

Mulanya hajat mahu berbincang berkenaan buku yang dia mahu tulis, tetapi kerana kagumnya saya kepada dia, saya lebih banyak cuba mencungkil rahsia berkenaan dirinya. Bertanya itu, bertanya ini dan kemudiannya, sampailah saya kepada soalan yang membuat saya rungsing.

Soalan

“Yakin saya, Puan ini tetap muda kerana air wuduk yang tidak pernah sempat batal,” kata saya cuba memancing rahsia.

Ibu beranak lima itu hanya tersenyum sopan, dan yakin saya lelaki yang melihat senyumannya itu, adalah lelaki yang paling bertuah di dunia.

“Tidaklah sampai air wuduk itu tidak sempat batal, dan malah kebanyakkan waktu, air wuduk saya batal,” kata ibu muda itu pula.

Belum sempat saya memikir lanjut sebab air wuduknya sentiasa batal, terus ibu cantik itu menyambung, “Sekiranya ada waktu yang sempat, jangan pernah gagal bagi menyentuh suami mu. Paling tidak cuit lengannya, itu pun sudah cukup. Sentuhan-sentuhanlah yang menjadikan bahagia itu tetap hangat. Dan lebih utama, suami yang baik, juga pasti mengerti aturan itu.”

Ibu cantik itu kemudiannya tersenyum-senyum malu. Mungkin kerana sudah berasa terlanjur menceritakan tips paling rahsia berkenaan kebahagian rumahtangganya. Saya pula, daripada memikirkan berkenaan ibu cantik itu, terus saya terbayangkan lelaki bertuah yang menjadi pasangannya.

“Bertuahnya lelaki itu,” kata saya, spontan.

“Sebenarnya, sayalah yang bertuah,” jawab ibu cantik itu pula.

Waktu itulah, saya berasa hairan. Mengapa pula ibu cantik itu yang berasa dirinya bertuah? Sedangkan, untuk saya ibu cantik itu, yang sebenarnya mendatangkan tuah lalu saya bertanya, “Lelaki yang bagaimana membuatkan Puan pula yang menjadi bertuah?”

Ibu cantik itu, tersenyum-senyum malu sebelum berkata, “Dia lelaki baik. Untuk perempuan, cukuplah itu yang mereka dapat dalam hidup mereka, iaitu lelaki baik, dan selepas itu, dunia seisinya sudah menjadi miliknya. Jadi, boleh kamu bayangkan betapa bertuahnya saya dengan hanya seorang lelaki saya sudah memperoleh dunia dan seisinya?”

Berdebar-debar dada saya saat mendengarkan jawapan ibu cantik itu. Sehingga begitu sekali? Lalu bertanyalah saya kepada soalan yang membuat saya menjadi rungsing.

“Bagaimana mahu mencari lelaki baik seperti itu?”

Ketika itu jugalah, ibu cantik tadi mula terlihat serius dan akhirnya berkata, “Lelaki yang baik akan sentiasa menjauhi diri kamu.”

Saya diam, dan saya langsung tidak nampak di mana logiknya.

“Saya tidak faham. Adakah maksud Puan lelaki baik tidak akan suka kepada saya?” Saya juga mula ikut serius.

“Lelaki yang tidak suka kepada kamu akan menjauhi mu, dan lelaki baik yang menyukaimu, juga akan menjauhi diri mu,” jelas ibu muda itu dan membuat saya semakin bingung.

“Adakah Puan ini ahli sufi?” telah saya, kerana untuk persoalan sebegitu, biasanya hanya sufi-sufi yang mampu membuatkan manusia terbingung-bingung.

Ibu cantik itu ketawa kecil dan berkata, “Saya bukanlah ahli sufi, tetapi itulah hakikatnya, dan biarlah saya terangkan sebabnya.”

Saya mengatur duduk saya supaya semakin baik, saya diam dan saya sedia mendengarkan kata-kata ibu itu.

“Untuk lelaki yang tidak menyukai kamu, memang jelas dia akan menjauhi kamu atas alasan, dia tidak suka kamu. Manakala untuk lelaki biasa, yang menyukai kamu, dia akan cuba mendekati kamu, dan ini pasti kamu tahu. Cuma lelaki yang benar-benar baik, apabila dia menyukai kamu dia akan menjauhi diri dari kamu dan inilah yang saya mahu ceritakan."

Jauh

“Lelaki yang baik itu, tidak akan menyentuh kamu. Tidak akan sesekali cuba menyentuh kamu. Bukan sahaja tangan halus kamu, bukan juga 'menyentuh' mata bening kamu, tetapi yang lebih utama, dia tidak akan 'menyentuh' hati lembut kamu. Mereka tidak akan menyentuhnya selagi mana mereka tidak bersedia, dan pada ketika dia sudah bersedia, dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah, barulah dia berani 'menyentuh' hati kamu. Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak 'menyentuh' hati kamu sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu? Sedaya upaya dia akan cuba menghindar, kerana dia tahu, pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara, pada ketika itulah, bicaranya yang baik-baik akan 'menyentuh' hati kamu, dan 'mencengkam' hatinya pula. Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya, antara rindu baik dan zina hati. Sangat-sangat halus, dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu.”

Mendengarkan sahaja penjelasan itu, saya menelan liur. Bagaimana mungkin sehingga begitu sekali? Lalu, bagaimana nasib saya bagi berjodoh dengan lelaki yang baik sekiranya mereka menjauh dari saya?

“Lelaki baik itu, akan mendekatimu dengan niat mahu bernikah. Jadi pada ketika ada lelaki, yang berkata mahu menjadikan kamu isteri, dan pada ketika itu hati kamu terus berasa bahagia tanpa ragu-ragu, ketahuilah itulah lelaki baik, kerana kamu bahagia untuk perkara yang sudah kamu tahu. Bahagia itu bukan datangnya tanpa sedar, pasti sedikit-sedikit kamu tahu juga berkenaan lelaki baik di sekeliling kamu, dan tanpa sedar, kamu ada menaruh hati kepada dia. Lalu pada ketika lelaki yang kamu tanpa sedar suka itu, mengajak kamu nikah, kamu tidak akan ragu-ragu, malah kamu akan bahagia kerana kamu sudah tahu siapa dia,” sambung ibu muda cantik itu lagi.

“Jadi, maknanya sebagai perempuan saya tidak punya peluang untuk berusaha bagi memperoleh lelaki baik, dan sekadar mengharapkan mereka tiba-tiba datang?” soal saya dengan hati yang sudah gusar.

“Siapa kata tidak perlu berusaha? Kamu taat pada perintah Tuhan, kamu patuh pada larangan, ibadat kamu tidak pernah berhenti, dan semua itu adalah usaha. Jodoh itukan misteri Tuhan, selain mati dan rezeki. Jadi, usahakan sahaja apa yang termampu, dan itulah antara usaha saya. Selain itu percayakan ibu bapa kamu sekiranya mereka mahu memberi jodoh, percayakan rakan-rakan yang kamu yakin bagus telahan hatinya kerana ibadatnya, bagi mencadangkan jodoh dan mencarikan jodoh. Selain itu berdoa dan terus patuh juga taat kepada Allah. Cuma sahaja, perlu jugalah kamu ingat, patuh dan taat kepada Allah itu, bukan atas urusan mahu jodoh yang baik, tetapi ikhlas mahu memperoleh reda-Nya. Kerana pada ketika kamu diberi jodoh yang sangat bertentangan dengan diri kamu, segeralah bandingkan diri kamu dengan Asiah yang bersuamikan Firaun, dan Nabi Noh yang beristerikan perempuan yang tidak percaya kepada Tuhan. Itulah tujuan kamu taat dan patuh kepada Tuhan, iaitu bagi mengikhlaskan ujian yang diberikan-Nya, kerana mungkin sahaja jodoh kamu dengan lelaki baik tidak di dunia ini, tetapi ditangguh sehingga ke akhirat.”

Saya diam, dan saya akui saya rungsing hanya kerana memikirkan, adakah saya cukup kuat untuk semua perkara ini? Ah... lelaki baik apabila bercinta....

****
Cerpen ini adalah hasil tulisan dari penulis yang saya minati Bahruddin Bekri. Buku Hidup untuk Cinta.
Dan dengan rasa rendah diri, saya bersyukur atas kurnian Allah kerana menganugerahkan seorang suami Normann Arbaq yang begitu istimewa dalam hidup ini. Hari ini cukup usia saya 33 tahun Hadiah yang tak ternilai untuk saya adalah keluarga yang saya ada sekarang ini. Anugerah ALLAH. Ya anugerah Illahi atas apa yang saya ada sekarang ini.

Wassalam.


Sunday, October 9, 2011

Perjalanan bermula

Alhamdulillah.
We are in Cardiff!


This picture taken at Kota Bharu airport 24/9/2011.

Terima kasih pada semua saudara mara yang menghantar. Thank you for your ample time.
















Location : KLIA airport with hubby's family.

Selamat sudah perjalanan kami ke sini.
Dan kini bermulalah perjuangan aku untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Mampukah aku??
Persoalan ini kerap bermain di fikiran.
Aku harus sahut cabaran ini. Tidak mungkin berpaling lagi.
Set your goal!
Set your target!
Semua ini kena clear... semua ini kena lebih spesifik.

Thank GOD...
Syukur... Mr hubby and kids helped me a lot.
Merekalah penyuntik semangat ini!
I have to be strong.

Terima kasih untuk semua yang telah mendoakan aku untuk selama ini.
Doa kalian dimakbulkan Allah.
Terima kasih untuk keluarga tersayang : Mama, papa, Nda, Ibu adik beradik dan juga saudara mara.
Terima kasih untuk sahabat-sahabat tersayang yang banyak menyokong dan memberikan kata-kata semangat untuk aku!
Dan untuk kamu sahabatku : terima kasih kerana sentiasa menelefon bertanya khabar dari jauh.
You really a special friend... oh no... u r more than a good friend.
I love u all!

Pesanan untuk diri sendiri:
Awanis, kuatkan semangat.. tabahkan hati, Semoga kamu berjaya menempuhnya!

Saturday, August 20, 2011

Saya sayang kamu :)




Adakalanya kita tak sedar kesilapan diri bukan dilihat dengan mata sendiri ,
tetapi ianya dilihat oleh insan terdekat....
maka dari itu buka lah hati untuk menerima teguran..
kerana teguran itu tandanya luahan rasa sayang seseorang...

Tuesday, August 16, 2011

My dear Allah


Credit to Shafwan Radzi.
JazakAllah Khair.


*Kata-kata ini membuatkan saya benar-benar bersemangat. Di saat kita menghadapi kekecewaan, Allah sentiasa ada bersama kita. Mungkin kita tidak nampak, tapi kita boleh merasa kasih sayang Allah. Nikmat yang Allah kurniakan untuk kita tiada tolak bandingnya.

Maha Suci Allah yang mengurniakan akal fikiran untuk kita berfikir dengan bijaksana*


"Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.
Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah.
Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah,
dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka,
jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"

Saturday, May 28, 2011

Usah....

Usah terlalu menyanjung kelebihanku. Bimbang kau tak mampu menanggung kekuranganku. Usah terlalu berbangga akan keupayaanku. Bimbang kau akan kecewa dengan kelemahanku. Usah terlalu memuji segala kebaikanku. Bimbang kau akan teruji dengan kejahatanku. Usah terlalu berharap akan diriku. Bimbang nanti yang kau harap, tidak seperti yang kau mahu.

Sesungguhnya setiap yang baik itu, datangnya dari Allah s.w.t.
Moga Tuhan merahmati hidup kita semua.

Saturday, May 14, 2011

Sekeping kad untuk saya

Semalam hari yang sungguh bermakna dalam hidup saya. Saya menerima sekeping kad yang amat bermakna sekali. Lagi-lagi dari seorang murid yang menghargai diri sekerdil ini.

Cuma hati kecil ini tertanya-tanya... siapakah pengirim ini?
Kenapa tidak dinyatakan nama dalam kad ini?
Malukah dia? atau dia cuma tidak mahu diri dikenali?
Atau dia saja ingin membuatkan saya tercari-cari orangnya?
Untuk awak yang saya hormati..
Andai di baca coretan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kata-kata dan doa yang awak titipkan untuk saya. Apa yang anda coretkan telah meninggalkan kesan yang mendalam untuk saya memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik.
Saya sedar, segala apa yang saya lakukan ini belum lagi cukup baik untuk sesetengah orang.
Dan saya berjanji, saya berjanji untuk cuba menjadi seorang pendidik yang bukan sahaja mendidik, mengajar malah mampu memberikan inspirasi untuk orang lain.

Teringat dengan kata-kata seseorang :

Jika tak ada harta yang bisa kau beri, berilah ilmumu, jika belum banyak ilmu yang boleh kau berikan, berilah tenagamu, jika tak cukup banyak tenaga yang blh kau beri, berilah kata-kata indahmu untuk menghibur & menyemangatkan, jika kata-kata pun kau tak mampu, berilah senyum & doa tulusmu. Dan berikan semua itu dengan cinta dan keikhlasanmu, kerana hanya dengan cara itulah kau layak dirindukan. ~ Aidil Sahipaludin

Berpegang pada kata-kata ini, maka sewajarnya saya akan cuba buat sesuatu di atas kemampuan saya. kerna saya percaya, Allah menciptakan sesuatu bukan sia-sia. Dan kini, tugas sebagai manusia, sebagai pensyarah menuntut saya untuk menjalankan tugas sebaik mungkin. Keikhlasan dalam bekerja... Keikhlasan dalam beribadah dan juga keikhlasan saya sewaktu menghadapi ujian yang mendatang.

Ya Allah Ya Wahhab..
Kurniakanlah kejayaan dan kebahagiaan pada semua anak didikku. Semoga mereka akan menjadi insan yang bertakwa di dunia dan di akhirat.

Akhir kata dari saya, untuk awak... Terima kasih atas ingatan ikhlas dari anda. Saya amat menghargainya. Semoga anda berjaya menjadi insan yang disegani dan disayangi oleh semua orang.

Wassalam.

Thursday, May 12, 2011

Isu PSM dan penginapan di UMP

Salam hormat untuk semua.
Sekarang ni pelajar duk bising pasal isu penginapan yang kena bayar disebabkan dalam jadual universiti, selepas tamat tempoh semester hostel hendaklah dibayar. Saya tak salahkan pelajar kerana mereka ada hak untuk mempertahankannya. Dan betul juga seperti apa yang dikatakan, bukan kehendak mereka untuk membuat presentation selepas Final Exam. Tapi ini juga adalah arahan dari pihak atasan. Cuma saya ralat melihat tingkah laku pelajar yang menyalak dan mempersalahkan orang itu dan orang ini.

Belajarlah untuk menerima..walaupun pahit untuk ditelan. Pasti ada sesuatu yang manis disebalik ujian yang menimpa.

Ini adalah komen peribadi saya untuk pelajar yang telahpun saya post dalam ICT FB.

Wow.. panjang betul komen mengomen dari pelajar mengenai isu penginapan. Saya mewakili pihak fakulti memohon maaf dari anda semua mengenai isu ini. Ini komen peribadi saya:
1. Jika benar anda seorang yang bertanggungjawab pada diri sendiri, beranikan diri anda untuk berhadapan dengan pihak berwajib JHEPA menyatakan masalah anda ini. Jangan sesekali menyalahkan orang lain. Saya bukan menyokong MPP yang anda telah pilih itu, tetapi setahu saya Nagor Nisah Raja Mohammad telah pun menjalankan tanggungjawab beliau untuk membawa masalah anda ke atas. Tetapi jawapan yang diterima adalah mendukacitakan. Hendak tak hendak kita terpaksa menerimanya kerana ini adalah arahan orang atasan. Tak salah untuk kita memperjuangkan hak sebagai seorang warga UMP terutamanya hak anda sebagai seorang PELAJAR.Tetapi kalau usaha yang telah anda perjuangkan menemui kegagalan untuk mendapat pengecualian sewa bilik, apa lagi yang harus anda lakukan.

Walaubagaimana pun, saya tak nafikan kejadian seperti ini juga sebenarnya sikit sebanyak telah membuka mata pihak berwajib (JHEPA, Fakulti dan pihak-pihak lain) untuk memandang serius mengenai hal ini. InsyaAllah, tindakan sepatutnya akan dilakukan untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Sekarang saya ingin bertanyakan pada anda apakah pilihan anda sekarang :
i) terus menyalak-2 di sini dengan menggunakan *bahasa yang sungguh cantik* supaya orang lain akan sama mengikuti arah anda, atau
ii) anda mengikuti sahaja apa yang telah diputuskan... *Redha* dengan apa yang tersurat dan anda akan melakukan sesuatu yang lebih mendatangkan kebaikan untuk anda. (Contohnya: cuba menyiapkan PSM/PTA anda yang saya yakin ada yang belum siap pun lagi) Cuba buat yang terbaik untuk PSM/PTA anda ini agar boleh mendapat keputusan yang membanggakan kerana anda bakal melangkah keluar dari UMP.

Pilihan di tangan anda... Anda sudah cukup matang untuk menilainya. Jangan jadikan masalah ini membuatkan anda hilang fokus pada matlamat asal anda sebenarnya.

Akhir kata, saya mohon maaf jika kata-kata saya ada yang menyakiti hati anda semua. Saya doakan yang terbaik untuk anda semua agar berjaya di dunia dan di akhirat. Wassalam.

Pssttt..... Ada yang bangga bila merasakan dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat mereka berjaya membuatkan maksud mereka tercapai. Tapi sebenarnya mereka terlupa yang kata-kata itu telah menyebabkan ada hati yang terluka :(

*Belajarlah untuk menghormati jika anda ingin dihormati.*

Tuesday, April 19, 2011

Menanti dan terus menanti...

Sudah lama tidak update blog. Sudah lama ditinggalkan. Memang bersawang sesawang saya ini. Apa yang nak dikatakan ini masih lagi kosong! Mungkin disebabkan hati dan pemikiran saya juga kosong. Cuba cari apa yang difikirkan... Aduh... Empty!!

Ok, saya masih lagi menanti... mungkin disebabkan penantian ini memang menyeksakan saya, sehinggakan saya tidak bersemangat untuk buat apa-apa. Fuh bilakah ianya akan berakhir... Memang benar kata orang... saya kena belajar untuk bersabar. Bersabar menantikan sesuatu yang pasti.

Sudah banyak gambaran dan lakaran yang saya lukiskan ke dalam minda saya. Saya cuba merasainya dan lihat dengan mata hati. Dan tidak dinafikan... saya sungguh rasa takut. Takut jika apa yang saya harapkan tidak menjadi kenyataan. Adakah saya cuba untuk pertikaikan apa yang akan ditakdirkan untuk saya???

Ampunkan aku ya Allah....

Tuesday, February 8, 2011

Doa

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Kita selalu baca dalam setiap solat kita. Tetapi kita terlupa tentang makna disebaliknya.
Besarnya doa dan pengharapan yang selalu kita sebut. Alangkah indahnya jika bacaan ini
kita tahu dan kita yakin dengan maksudnya.

Maha suci Allah... Maha Besar Allah..... Aku berserah padaMU.


Friday, January 21, 2011

Tenang....

TENANG...!
Bertenang sewaktu menghadapi tentangan. Menenangkan keadaan bertentangan. Ketenangan diperolehi setelah pertentangan diredakan.....Marilah kita bersama-sama 'bertenang' walaupun mengetahui bahawa, 'air tenang jangan disangka tiada buaya'....tetapi tetap berwaspada...ia memberi kita ruang dan masa....berusaha!
-Ramlee Wahab-

Thursday, January 20, 2011

Cara dia...

Cara dia mengingatkan saya pada seseorang.
Punya jawatan yang tinggi, tapi PR beliau amat lemah.
Sayang sekali, ada juga orang yang sebegini. Cara cakap beliau langsung
tidak memberi semangat pada orang lain.

"Jangan salahkan saya kalau awak tidak dapat!"

apa salahnya kalau ayat itu ditukar....

"Saya akan cuba sebaik mungkin, moga XXX akan memberikan kelulusannya."

bukan ke ayat yang dituturkan lebih sedap bunyinya. Kadang-kadang dalam hidup ini, kita kena memberi harapan pada orang lain. Sebab kehidupan akan bergantung pada harapan. Harapan yang membuatkan kita bersemangat untuk meneruskan hidup.

Orang berbudi kita berbahasa.... Jangan kerana pangkat, anda dicemuh dibelakang.

Thursday, December 16, 2010

Semuanya berkemungkinan...




Benar apa yang dikatakan... kadang-kadang kita selalu terlupa kebesaran dan nikmat yang Allah berikan. Bila kegagalan, kekecewaan, kesedihan yang dialami... kita selalu cuba menyalahkan orang lain.. dan selalu cuba menangisi dan menyalahkan takdir yang menimpa.
Sesungguhnya kita silap.. Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua. Kita kena yakin... setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya.

Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita....

Thursday, December 9, 2010

Esok harinya...

Esok adalah harinya. Hati ini terasa berdebar-debar. Saya tak pasti bagaimana keputusannya. Apa yang saya harapkan ianya menjadi kenyataan. Andai kata tidak seperti yang saya harapkan.... Aduh bagaimana untuk saya hadapinya??

Betul, saya rasa sedikit tertekan dengan situasi sekarang. Dengan pengharapan dari suami... dan juga kehendak saya sendiri. Ya, saya takut untuk mengetahuinya. Saya tak nak hampakan harapan orang yang saya sayangi... amat saya sayangi.

Saya akan cuba kongsi keputusannya esok. Semoga ianya satu perkhabaran gembira untuk saya.
Ya Allah, Engkau permudahkan urusan hambaMU ini.....
Semoga setiap apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan.

saya terbaca kata-kata ini dari seseorang:

"Ketika kau fikir bahawa kau sudah berusaha dan sesungguhnya tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi, maka Allah mempunyai jawapannya"

sungguh mendalam... dan penuh bererti untuk saya.

Tuesday, November 30, 2010

Protect your dreams...


"Don't ever let somebody tell you that you can't do something. Not even me. You got a dream, you've got to protect it. People can't do something themselves they wanna tell you that you can't do it. You want something, go get it! "
- Chris Gardner, The Pursuit of Happyness.
Berpesan seorang bapa kepada anaknya,

"Jangan biarkan sesiapa beritahu sesuatu apa yang kamu tidak boleh buat, walau ayahsekalipun... Jika kamu ada impian, kamu mesti pertahankannya.
Bila mereka tidak boleh buat, tidak bererti mereka berhak beritahu yang kamu sendiri tidak mampu lakukannya.
Jika kamu ada impian, capai dan dapatkannya. Berusahalah.. sehingga dapat!
Jangan sesekali berputus asa."




Monday, November 29, 2010

Saya dan Dia

Pertemuan saya dan dia.
Mengorek kisah hidup dia. Seolah-olah saya merasakan bercakap dengan mayat hidup.
Terasa kejam ayat ini. Tapi itulah hakikatnya. Dia seolah-olah hilang dalam diri sendiri.
Tak jumpa punca arah yang perlu dituju. Kasihan! sungguh saya rasa kasihan pada dia.
Bagaimana harus saya tolong dia?
Bagaimana harus saya cuba untuk naikkan kembali semangat dia?
Mendengar kisah keluarga dia... jauh di sudut hati, saya menangis.
Sedih..hiba!
Tuhanku, moga anakku tidak membesar menjadi seperti dia.

Saya dapat faham kesedihan yang bakal ibu dan ayah dia alami.
Jika anaknya berterusan begini.
Saya cuba sedaya upaya... dalam pertemuan yang singkat ini, saya cuba untuk menanam
semangat dalam diri dia. Saya cuba.. tapi saya terlupa untuk mengambil no telefon dia.

Tiba-tiba saya teringatkan dia. Bagaimana agaknya dia hari ini? Adakah sebarang
perubahan dalam diri dia.
Saya berdoa, walaupun kami berlainan bangsa, saya tetap mendoakan untuk kesejahteraan
dia. Moga dia jumpa semangat yang hilang.

Hari ini..



"Mulai hidup hari ini dgn mulai BERCERITA yang baik,
MENULIS yang penting,TERSENYUM, TERTAWA dan
BERPRASANGKA baik"

Saturday, November 27, 2010

Saya di sini...

Menantikan Bariah dan saya ambil kesempatan ini untuk menaip sesuatu.
Saya menghadapi kesukaran menjawab exam pagi ini. Sungguh, saya hanya berserah
padaNYA agar keputusan nanti mengizinkan untuk ke sana.

Kadang-kadang di saat kita benar-benar mengharap dan sesuatu yang tidak diingini terjadi, kita akan rasa ingin menangis dan menangis. Dan saya terasa ingin menangis
sekarang ini. Saya tak sabar nak balik ke rumah..peluk cium suami dan anak-anak.
Amat memerlukan mereka ketika ini.

Minggu dan bulan yang sungguh menyesakkan kepala. Owh, saya perlukan cuti yang panjang.

Friday, November 26, 2010

Doakan saya...

Pagi ini saya rasa sungguh tidak sihat. Saya amat perlukan kekuatan dalaman dan luaran.
Dah 2x muntah. Badan rasa lemah sangat. Semuanya rasa berpusing... gelap mata.Kenapa begini jadinya... di saat saya benar-benar harus menjadi kuat. Kerana esok saya harusberjuang. Perjuangan untuk titik permulaan saya yang seterusnya. Rasa nak nangis je ni....
tolong doakan saya.... agar saya kembali sihat dan bertenaga. Saya perlukan doa anda semua...
Agar saya kembali sihat dan dapat jawab exam dengan baik sekali dan lulus dengan cemerlang.

Terima kasih untuk yang mendoakan saya... Allah jua yang dapat membalas segalanya.