Saturday, January 22, 2011

Surat cinta untuk Suami...


Tahniah untuk Mr Hubby tersayang..
Alhamdulillah, dalam saya yang duk menunggu perkhabaran seterusnya, tiba-tiba saya pula yang dikejutkan dengan berita gembira dari sang suami. Setinggi-tinggi ucapan syukur Ya Allah atas pemberian yang tak terhingga ini.

Untuk suami tersayang.. Normann Arbaq bin Abdul Rahman.
Di saat ummi kehilangan kata-kata, baba sentiasa ada untuk berkata-kata
Di saat ummi dalam kesedihan, baba sentiasa ada untuk menggembirakan
Di saat ummi dalam kemarahan, baba sentiasa ada untuk menyejukkan
Di saat ummi jatuh terduduk, Baba akan ada untuk ummi bangkit berdiri

Terima kasih sayang... kerana sentiasa ada untuk ummi.
Terima kasih sayang... kerana tidak pernah bosan dengan sikap ummi.
Terima kasih sayang... kerana sentiasa bersama ummi menjaga abang dan adik
Terima kasih kerana sentiasa bersama kami dalam suka dan duka...

Memang benar janji Allah.... Allah tidak pernah tidur....
Allah sentiasa bersama kita. Mendengar apa sahaja doa kita. Mendengar apa sahaja rintihan kita. Dan bila tiba waktu yang sesuai, segala doa, segala rintihan, segala kesedihan kita dibalasnya dengan kegembiraan. Doa dimakbulkan... Doa dijawab... dan Ya Allah... sesungguhnya Engkau maha mengetahui di mana kami tidak mengetahuinya.

Andai mereka tahu...Dialah sebaik-baik perancang kerana segala yang ada di langit dan bumi adalah di dalam pengetahuan dan kuasa Dia..nescaya mereka pasti sujud pada Dia yang Hakiki, Maha Segala! Allahu Rabbi, lapangkan dada kami atas segala dugaan dan ujian yang telah, sedang, dan akan Kau takdirkan buat kami.

Friday, January 21, 2011

Tenang....

TENANG...!
Bertenang sewaktu menghadapi tentangan. Menenangkan keadaan bertentangan. Ketenangan diperolehi setelah pertentangan diredakan.....Marilah kita bersama-sama 'bertenang' walaupun mengetahui bahawa, 'air tenang jangan disangka tiada buaya'....tetapi tetap berwaspada...ia memberi kita ruang dan masa....berusaha!
-Ramlee Wahab-

Thursday, January 20, 2011

Cara dia...

Cara dia mengingatkan saya pada seseorang.
Punya jawatan yang tinggi, tapi PR beliau amat lemah.
Sayang sekali, ada juga orang yang sebegini. Cara cakap beliau langsung
tidak memberi semangat pada orang lain.

"Jangan salahkan saya kalau awak tidak dapat!"

apa salahnya kalau ayat itu ditukar....

"Saya akan cuba sebaik mungkin, moga XXX akan memberikan kelulusannya."

bukan ke ayat yang dituturkan lebih sedap bunyinya. Kadang-kadang dalam hidup ini, kita kena memberi harapan pada orang lain. Sebab kehidupan akan bergantung pada harapan. Harapan yang membuatkan kita bersemangat untuk meneruskan hidup.

Orang berbudi kita berbahasa.... Jangan kerana pangkat, anda dicemuh dibelakang.

Sunday, January 16, 2011

7 hari bekerja..

Fuh... minggu yang memenatkan.
7 hari bekerja. Sabtu Ahad bekerja. 8-6ptg.
Tapi puas. Selesai sudah Strategic Planning untuk our faculty.
19hb akan dibentangkan peringkat universiti. Good luck Dean.
Moga semuanya berjalan lancar.

Otak penat keluarkan idea. Brainstorming banyak benda.
Dari segi peningkatan untuk pelajar, peningkatan untuk pensyarah, staff
sokongan dan yang pasti untuk peningkatan fakulti secara menyeluruh.
Bulan Julai, kalau ianya seperti dirancang..pasti saya akan merindui suasana
di fakulti. Sama-sama sibuk, sama-sama bersusah payah, sama-sama gembira
dan suka duka bersama.
Pasti saya akan rindu semua itu!

Sampai kat rumah pukul 6:15petang. Suami tersayang pula bersiap-siap ke tempat
kerja. 2 hari ini, sang suami jadi babysitter, ayah mithali yang terbaik untuk anak-anak.
Terima kasih sayang!
Awak terlalu banyak menyokong saya... dulu dan kini tak pernah berkurang sokongan
awak terhadap saya.
Terima kasih!
Saya sayang kamu..... :)

Masa untuk rehatkan minda..rehatkan mata....
jom anak-anak kita tidur...
moga mimpi yang indah-indah.

Selamat malam....


Friday, January 14, 2011

Terima kasih.

Terima kasih atas doa kalian.
Alhamdulillah, saya berjaya peringkat dalaman. Dan sekarang menunggu kelulusan peringkat KPT pula. Ini mungkin mencabar lagi.. sebab KPT memang mengurangkan Staf untuk ke UK. I should have a back up plan, just in case tak dapat kelulusan dari KPT.. saya akan pilih UKM or UTM untuk sambung belajar. But I still hope for the Best. Still waiting and waiting.

Ini baru permulaannya. Ranjau onak duri sepanjang PhD, lagi membuatkan seseorang tu jatuh terduduk ataupun menjadikan ianya lebih kuat dan bersemangat menghadapi hidup. Moga saya diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi setiap ujian, dugaan dan cabaran dengan tenang dan bersemangat.

Allah Ya Fatah... sesungguhnya setiap masalah setiap kesukaran ada penyelesaiannya.

Thursday, January 13, 2011

Owh... Temuduga!

Hari ini saya ada ditemuduga untuk cuti belajar. Saat yang mendebarkan. 2 jam saja lagi masa saya akan tiba. Fuhh.. sungguh debaran makin terasa... terasa sejuk kaki tangan ni dibuatnya.
Semalam berita yang menyedihkan...
ada 2 saja tempat untuk ke UK. dan 2 tempat itu telah pun diisi oleh staf dari fakulti lain. Permohonan dari tahun lepas lagi.
Adakah ini bermakna saya akan terlepas peluang? Kerana saya juga akan ke UK. Emm... Berita tu sedikit sebanyak memang menyentap hati saya. Mungkin kerana saya berharap.
Tapi apa-apa pun, saya yakin dengan perancangan dari Allah. Mungkin tetap ada rezeki saya untuk ke sana. Siapa tahu kan.....

Saya mohon kekuatan dari Allah.. agar sewaktu sesi temuduga nanti saya dapat menjawab setiap soalan dan pertanyaan dengan tenang dan menyakinkan. Hilangkanlah rasa resah gelisah yang melanda jiwa. Balutlah ia menjadi satu ketenangan dalam diri.
Ya.. pada siapa lagi yang harus saya memohon.. hanya pada MU.... moga dipermudahkan segala urusan saya nanti.

Semoga kalian dapat mendoakan untuk saya juga. Semoga doa-doa ini dimakbulkan Allah. DIA maha mendengar...

Monday, December 27, 2010

Terima kasih.

Hadiah dari seorang pelajar untuk diriku...
Terima kasih untuk Fatma Syairah. Ianya sungguh bermakna untuk saya.

Saban hari aku memerhatikan
langkah-langkah menutup kepenatan
wajah-wajah memberikan keceriaan
suara-suara yang membawa kebahagiaan
daripadamu wahai guru yang aku cintakan


Sungguh, guruku kau adalah jiwaku
bunga-bunga mekar yang tumbuh dalam hatiku
kaulah ibu, kaulah bapa
mendidik penuh tabah tanpa mengungkit jasa
Tulus memproses diriku yang banyak kerenahnya
membesar, membesar dan aku membesar
di bawah dodoian cinta dan kasihmu yang ikhlas keranaNya


Guruku, kau adalah jiwaku
kau kenalkan aku kepada Allah
membawa aku kepada Sunnah Rasulullah
menghidupkan hatiku dengan Islam
dan mengajarku agar hidup sebagai hamba dengan penuh amanah
aku takkan lupa, aku takkan sesekali lupa
apa ilmu yang kau tumpahkan
apa kasih yang kau curahkan
semuanya terpatri kemas dalam jiwa


Guruku,
jika aku mampu
inginku terbang ke awanan
memetik gugusan bintang sebagai hadiah tanda penghargaan
namun aku sedari
hatta jika aku mampu membeli seluruh dunia ini
tiada mampu untuk membalas jasamu guru
denganmu aku mampu berjalan
denganmu aku mampu terbang
menggapai apa yang aku cita-citakan
mendapat apa yang aku hajatkan

Guru, sungguh kau adalah jiwaku
akan kubalas usaha dan penat lelahmu
akan kubayar perit dan jerimu
dengan menjadi hamba yang bertaqwa mengejar redhaNya
dengan menjalani kehidupan yang baik di atas jalanNya
agar nanti aku berdiri di hadapanNya
dan amal-amal kebaikanku ditunjuk sebagai tanda berjaya
aku akan berkata dengan lantang dengan penuh rasa bangga dari kalbu

“Sungguh yang mendidikku ke arah ini semua adalah guruku yang bernama itu dan itu”