Monday, December 27, 2010

Terima kasih.

Hadiah dari seorang pelajar untuk diriku...
Terima kasih untuk Fatma Syairah. Ianya sungguh bermakna untuk saya.

Saban hari aku memerhatikan
langkah-langkah menutup kepenatan
wajah-wajah memberikan keceriaan
suara-suara yang membawa kebahagiaan
daripadamu wahai guru yang aku cintakan


Sungguh, guruku kau adalah jiwaku
bunga-bunga mekar yang tumbuh dalam hatiku
kaulah ibu, kaulah bapa
mendidik penuh tabah tanpa mengungkit jasa
Tulus memproses diriku yang banyak kerenahnya
membesar, membesar dan aku membesar
di bawah dodoian cinta dan kasihmu yang ikhlas keranaNya


Guruku, kau adalah jiwaku
kau kenalkan aku kepada Allah
membawa aku kepada Sunnah Rasulullah
menghidupkan hatiku dengan Islam
dan mengajarku agar hidup sebagai hamba dengan penuh amanah
aku takkan lupa, aku takkan sesekali lupa
apa ilmu yang kau tumpahkan
apa kasih yang kau curahkan
semuanya terpatri kemas dalam jiwa


Guruku,
jika aku mampu
inginku terbang ke awanan
memetik gugusan bintang sebagai hadiah tanda penghargaan
namun aku sedari
hatta jika aku mampu membeli seluruh dunia ini
tiada mampu untuk membalas jasamu guru
denganmu aku mampu berjalan
denganmu aku mampu terbang
menggapai apa yang aku cita-citakan
mendapat apa yang aku hajatkan

Guru, sungguh kau adalah jiwaku
akan kubalas usaha dan penat lelahmu
akan kubayar perit dan jerimu
dengan menjadi hamba yang bertaqwa mengejar redhaNya
dengan menjalani kehidupan yang baik di atas jalanNya
agar nanti aku berdiri di hadapanNya
dan amal-amal kebaikanku ditunjuk sebagai tanda berjaya
aku akan berkata dengan lantang dengan penuh rasa bangga dari kalbu

“Sungguh yang mendidikku ke arah ini semua adalah guruku yang bernama itu dan itu”


Wednesday, December 22, 2010

....................

Disaat saya benar-benar berkehendakkan sesuatu... amat memerlukannya..dan ketika inilah juga saya diuji. Aduh, saya rasa macam jatuh dihempap batu. Penat kepala ini memikirkannya. Dah tak tau nak luahkan bagaimana perasaan ini bermahajarela dalam kepala saya.

Memang betul la seperti apa yang dikatakan...
"mungkin sesuatu yang kita rasa buruk untuk kita.. mungkin sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita buat masa sekarang!"

Mode: sedang memujuk hati yang sedih |-(

Thursday, December 16, 2010

Semuanya berkemungkinan...




Benar apa yang dikatakan... kadang-kadang kita selalu terlupa kebesaran dan nikmat yang Allah berikan. Bila kegagalan, kekecewaan, kesedihan yang dialami... kita selalu cuba menyalahkan orang lain.. dan selalu cuba menangisi dan menyalahkan takdir yang menimpa.
Sesungguhnya kita silap.. Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua. Kita kena yakin... setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya.

Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita....

Saturday, December 11, 2010

Syukur...

Dari semalam lagi untuk cuba menulis sesuatu di sini. Ingin berkongsi kegembiraan dengan anda. Tetapi jari jemari ini kaku. Mungkin kerana terlalu gembira hingga membuatkan saya tak tau nak kata apa-apa. 27 Dis 2010, result ielts dikeluarkan. Dengan perasaan yang berdebar-debar.. rasa takut... rasa tak sabar... owh semuanya digaul menjadi satu.

Dengan penuh pengharapan... dengan penuh doa.... saya benar-benar memohon pada Allah agar keputusannya nanti akan menggembirakan semua pihak. Hanya DIA yang mengetahui gelodak di hati saya. Dan... Alhamdulillah... Allah menjawab semua doa-doa saya... Allah memperkenankan harapan saya. Semuanya terasa begitu indah. Semuanya terasa begitu mudah...

Jujurnya, masa peperiksaan hari itu... saya benar-benar rasa tertekan. Dengan [sakit] yang dihadapi pada masa itu . Saya benar-benar lemah. Dan saya tau saya telah diuji... Dan waktu dalam [dewan peperiksaan], susahnya soalan-soalan tersebut hingga membuatkan saya hilang keyakinan. Apa yang saya lakukan waktu itu, saya tidak putus-putus berdoa... Semoga akan terjadi satu keajaiban. Agar saya dapat jawab dengan baik... Ketika itu saya hanya menjawab peperiksaan hanya mengikut gerak hati yang dikurniakan oleh Allah. Saya tak pasti apa yang saya tulis..... betul.. hanya mengikut gerak hati sahaja.... I'm lost in my way..... Hanya doa... hanya DIA yang maha mengetahui segalanya.

Dan semalam saya dapat keputusannya. Ya Allah... besarnya nikmat yang Engkau kurniakan untuk aku... Aku berjaya! dan aku yakin kejayaan ini 100% semuanya dariMU. Rasa tidak percaya dengan apa yang dilihat... dan aku semakin yakin denganMU Allah... Aku makin yakin seyakinnya.... Engkau sentiasa menguji hambaMU, kerana sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuknya.

Masanya akan tiba... Saya akan mula membuat perancangan dengan sebaik mungkin. Saya harus cepat. Banyak lagi benda yang perlu diselesaikan dengan segera. Yang pasti bulan depan Januari 2011 saya dikehendaki menghantar permohonan PhD saya. Semuanya begitu pantas. Saya harus pantas dan tak boleh lengah-lengah lagi. Pada siapa lagi harus saya meminta... tak lain dan tak bukan... hanya Allah.

‎"Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkatimu..."



P/s: Terima kasih atas sokongan dan doa anda semua selama ini. Saya amat menghargainya.

Thursday, December 9, 2010

Esok harinya...

Esok adalah harinya. Hati ini terasa berdebar-debar. Saya tak pasti bagaimana keputusannya. Apa yang saya harapkan ianya menjadi kenyataan. Andai kata tidak seperti yang saya harapkan.... Aduh bagaimana untuk saya hadapinya??

Betul, saya rasa sedikit tertekan dengan situasi sekarang. Dengan pengharapan dari suami... dan juga kehendak saya sendiri. Ya, saya takut untuk mengetahuinya. Saya tak nak hampakan harapan orang yang saya sayangi... amat saya sayangi.

Saya akan cuba kongsi keputusannya esok. Semoga ianya satu perkhabaran gembira untuk saya.
Ya Allah, Engkau permudahkan urusan hambaMU ini.....
Semoga setiap apa yang diharapkan akan menjadi kenyataan.

saya terbaca kata-kata ini dari seseorang:

"Ketika kau fikir bahawa kau sudah berusaha dan sesungguhnya tidak tahu hendak berbuat apa-apa lagi, maka Allah mempunyai jawapannya"

sungguh mendalam... dan penuh bererti untuk saya.

Wednesday, December 8, 2010

My angels

Saya rindukan kanak-kanak ini. Mereka amat istimewa dalam hidup saya.

Thursday, December 2, 2010

Fuihh....

Fuihh.... lega sungguh. Saya dah selesaikan kerja saya. Menanda, memasukkan markah, membuat laporan, buat analisis tentang pencapaian pelajar. Untuk semester ini, seramai 5 orang pelajar yang gagal untuk subjek saya. Aduh sungguh mengecewakan saya.

Dan pelajar-pelajar yang gagal ini, memang terdiri dari pelajar:
1. tidak datang ke kelas,
2. buat kerja sambil lewa
3. melibatkan attitude pelajar.

Mereka sudah diberikan peluang ke-2, tapi masih tidak cuba untuk merebut peluang yang diberikan. Buat acuh tak acuh sahaja. Sikap pelajar yang buat kerja sambil lewa seolah-olah mereka tidak kisah dengan apa yang bakal terjadi dalam hidup mereka. Gagal atau Lulus sama sahaja. Mungkin!!

Sedih!! Jujur jawapan saya, memang sedih.
Sebab benda yang paling saya tak suka bila ada pelajar yang gagal dalam subjek saya. Berat rasanya tangan ini untuk menyatakan mereka gagal. Aduhai... saya dah cuba sedaya upaya untuk memberikan markah pada setiap jawapan mereka. Walaupun kadang kala jawapan itu langsung tidak betul. Tetapi masih lagi hati ini, mencari-cari dan membaca untuk memberikan markah. Moga-moga ada betul... agar saya tidak terlepas pandang. Alahaiii.... pelajar yang disayangi....

Semoga kegagalan ini akan menyebabkan kamu lagi kuat dan berubah untuk menjadi lebih baik dari hari semalam. Saya sentiasa mendoakan untuk kamu....