My first entry... Dah lama create blog ni. But i don't have any idea and till i joined for PTK.I think now is the time for me to share my first assignment on topic Sharing of your experience.
Pernahkah anda mempersoalkan takdir yang menimpa diri anda. Kenapa aku yang harus menghadapi ujian ini? Mengapa bukan orang lain? Kenapa aku yang lemah juga yang sentiasa menjadi mangsa keadaan? Dan persoalan demi persoalan membelenggu diri kita seharian.
Suatu masa dahulu, saya sering pertikaikan setiap ujian yang dikenakan kepada saya. Saya pernah kehilangan kasih seorang ayah. Saya pernah tewas dalam percaturan saya sendiri. Sehinggalah saya bertemu dengan seseorang yang menyedarkan saya bahawa sesungguhnya kasih sayang itu masih ada untuk saya. Sesungguhnya Allah masih bersama saya. Dan saya akur dengan setiap ujian yang diturunkan kerana sesungguhnya barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, nescaya akan diujinya dengan beberapa kesusahan- Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Saya kini bangkit dalam mengejar cita-cita untuk melahirkan anak bangsa Melayu yang hebat. Melayu tidak seharusnya layu. Tetapi Melayu seharusnya bangkit dari lamunan yang tidak berkesudahan. Kini saya bergelar Pendidik. Tugas seorang pendidik bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Ianya menuntut pengorbanan yang tinggi. Pada hujung minggu yang lepas, saya korbankan masa cuti saya bersama dengan keluarga untuk menghadirkan diri ke Kem Kecemerlangan Pelajar Tahun 1 Diploma FSKKP. Kem ini berlangsung pada 5-6 September 2009. Dikala orang lain bercuti bergelak ketawa bersama keluarga tersayang, saya dan pensyarah-pensyarah yang lain berhempas pulas untuk menabur bakti pada anak bangsa kita.
Sedikit terkilan dengan sikap pelajar-pelajar kita. Masih ada segelintir yang tidak pandai menghargai apa yang mereka perolehi. Sikap mereka yang acuh tak acuh membuatkan saya terfikir, inikah balasan yang saya dapat di atas pengorbanan yang telah saya lakukan? Tetapi hati saya cepat-cepat memujuk. Saya tidak seharusnya kalah dengan sikap yang mereka tunjukkan. Dan saya seharusnya tidak lokek untuk memberikan mereka galakan. Saya seharusnya bersikap lebih terbuka dan saya tidak berhak untuk menghakimi mereka. Tiba-tiba hati kecil saya berdetik, apa salahnya jika saya jadikan sesuatu kesilapan itu kelihatan mudah untuk diperbaiki. Dan saya kembali bersemangat untuk mendidik mereka.
Pada 6 September 2009, saya telah dikehendaki menjadi moderator untuk Slot 4: Masalah pelajar di awal pengajian. Banyak masalah yang diutarakan. Dan kebanyakannya berkisar mengenai kurang minat, kurang keyakinan diri, malas belajar, suka ponteng kelas, susah untuk memahami subjek pengaturcaraan dan banyak lagi. Setelah semua masalah dikenalpasti, maka saya telah berkongsi ilmu dengan para pelajar mengenai kesedaran diri yang harus wujud dalam diri mereka. Sesungguhnya mereka masih muda dan masih memerlukan perhatian dan jagaan dari kita sebagai seorang pendidik. Kenali diri anda sendiri, itulah yang saya katakan kepada mereka. Kita mesti jujur dan ikhlas dalam menilai diri kita sendiri. Apa saja kekuatan dan kelemahan kita, hendaklah disenaraikan. Setiap manusia dilahirkan dengan potensi diri untuk berjaya. Kadang-kadang kita membiarkan diri dibelenggu dengan kepercayaan yang salah. Menganggap satu perkara itu SUKAR, maka kesukaranlah yang akan kita tempuhi. Apa sahaja anggapan atau kepercayaan kita, maka itulah yang akan menjadi kenyataan.
Saya cuba membawa pelajar untuk memahami bahawa kehidupan bergelar mahasiswa adalah indah. Keindahan yang lahir dari jiwa yang bersih. Jangan sesekali takut untuk berubah. Tanpa keberanian, mimpi tak akan menjadi kenyataan. Saya juga cuba untuk menyakinkan pelajar dengan kisah hidup saya sendiri. Sebagai contoh saya impikan sebuah keluarga yang bahagia, karier yang diidamkan, dan sebuah rumah di bandar yang strategik. Alhamdulillah kini saya sudah memilikinya kerana percaya pada kebolehan diri sendiri. Dulu saya tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibanggakan. Tapi kerana saya ada 'keyakinan' dan selalu tanamkan azam untuk mencapai apa yang diimpikan sudah tentu ia akan membuahkan hasil dalam jangka masa yang tertentu. Cepat atau lambat bukan persoalan, tetapi sejauh mana kita yakin pada diri kita sendiri.
Saya benar-benar berharap para pelajar akan dapat manfaat dari kem kecemerlangan ini. Dan juga pada para pembaca yang akan membaca pengalaman saya ini, saya juga doakan anda akan memperolehi kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat. Sebenarnya dalam hidup ini, mudah sekali untuk gagal. Fikirkan kegagalan dan kita akan gagal. Jadi berhati-hati tentang apa yang kita katakan pada diri kita. Besar implikasinya. Maka, sentiasalah berfikiran positif kerana setiap apa yang kita corakkan akan memberi kesan pada kehidupan kita. Selamat maju jaya.
5 comments:
saya tertarik dgn apa yg pn kata "Tanpa keberanian, mimpi xkan jd knyataan"..dlu sy sendri pun pernah impikan mcm2,tp di sebabkn tiadanya keberanian, semuanya hancur. Sbenarnya setiap insan memiliki keberanian dlm diri masing2, cuma keberanian itu disalah ertikan/disalah gunakn. Keberanian yg dianugerahkn oleh Illahi adalah utk di gunakn dlm perjuangan setiap insan utk sepanjang perjalanan hidup beliau. Saya sendiri pernah menyalahgunakn keberanian yg ada sehinggala sy menyesal dan cb berubah untuk mencari keberanian yg sejati. Mimpi yg sempurna adalah untuk org yg pandai menyempurnakan hari2 beliau..
Engku,
setiap orang pernah mengalami kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Apa yang penting, jadikan ianya satu pengajaran dan pastikan ianya tidak akan berulang kembali.
Sesungguhnya awak seorang yang beruntung.. kerana sedar dari lamunan yang merugikan. Doa saya, awak akan berjaya dalam hidup.
salamm..Puteri tertarik dengan tajuk Breakdown of Typical College Student Life. Puteri seorang pekerja swasta, dan juga pelajar separuh masa di sebuah UNI di KL..benar sungguh sepertimana yg puan katakan..mereka TIDAK menghargainya..seperti saya dahulu..dan saya berusaha keras kini untuk mencapai CITA2 walau mengorbankan SociaLife as teenage. Nuff said Puan...is this one of ur assignment on PHD paper ?
Puteri, this no my assignment on PHD. This is my assignment untuk PTK(Penilaian Tahap KEcekepan). Sekarang ni, Putri sedang mengikuti kursus apa?
Arenis
Jadi kertas renungan ini sudah memadai atau ada lagi huraiannya? TK berapa ya untuk assignment ini?
Post a Comment