Menonton drama Dunia Batinku. Air mata ini mengalir laju...
Dari awal cerita hinggalah plot terakhir, air mata terus membasahi pipi ini.
Mengisahkan pengorbanan seorang ibu.
Kesedihan bila menghadapi kehilangan seorang ibu.
Kekuatan dan ketabahan menghadapi cabaran.
Keyakinan dan pengorbanan seorang anak.
Semuanya diadun dengan baik sekali.
Credit to Sheila Rusly...
Ceritanya mmg menyentuh jiwa.
Dan tika ini..
Aku benar2 merinduimu Mama.
Tak dapat bayangkan di saat kehilangan insan tersayang.
Di saat ini, aku terfikir. Apa lagi yang harus aku lakukan untuk membahagiakan dirinya.
Apa lagi yg harus aku lakukan untuk memastikan dia akan sentiasa gembira...
Tuhanku...
Mama adalah wanita yang cantik, kuat, sabar dan sesungguhnya aku amat menyayanginya.
Murahkanlah rezeki dan tingkatkan kehidupannya. Selamatkanlah dirinya... setiap kali
langkahnya diatur.
Berikanlah ketenangan kepadanya.
Moga mama sentiasa bahagia dan tenang menghadapi hari-2 yang mendatang.
Aku sayang kamu... Sungguh aku sayang!
P/s: Ketika tertutup sudah mata seorang ibu, maka hilanglah satu lagi keberkatan dari
Allah s.w.t... iaitu doa seorang ibu...