Wednesday, June 29, 2011

Akhirnya terjawab....

Alhamdulillah...
Semalam cukup 7 hari saya beristikharah mengadap Allah.
Dan hari ini, pagi ini... saya rasa hati ini sudah cukup kuat untuk memilih yang terbaik.
Moga rasa ini datangnya dari Allah. Rasa yang mendorong ini diterbitkan dari Allah.

Tuhanku,
Jangan biarkan adanya terbit rasa menyesal dalam diri ini.
Jangan biarkan aku terus-terusan di himpit rasa serba salah
Moga apa yang aku rasakan hari ini...
Adalah sesuatu yang ingin Engkau sampaikan pada hambaMU
Moga aku terus yakin dalam pilihan ini
Dan moga aku tidak akan berpaling lagi....

Indahnya ujian ini Ya Allah
Membuatkan aku makin hampir dengan Mu
Membuatkan diri ini sentiasa ingin bersama Mu

*Syukur Ya Allah*

Jika ini yang terbaik... Tunjukkan aku...


Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar.

Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya.

Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Sunday, June 12, 2011

Piala FA Malaysia 2011

[Gambar dari FB Kelantan The Red Warriors]

Kijang ku menangis...
Seperti mana hati ini juga menangis.
Akur dengan kekalahan ini.

Wednesday, June 8, 2011

Senyumku pahit :(

Entah mengapa... senyumanku terasa amat pahit sekali..
Semua yang dibuat serba tak kena. Ada je dugaan yang menimpa.
Aku tau, aku harus kuat!